Selepas sahaja isu blog Jeff Ooi, kami telah menjadi satu tabiat untuk melayari lamannya selepas melayar laman Yahoo, Slashdot, Harakahdaily dan Garagebox setiap hari. Sungguh menarik isu dikupas dan kadang kala seperti orang tidak berfikir seperti isu ASTRO Mail. (Kerat sahaja tangan anak ko tu). Dari laman tersebut, kami mendapat 2 blog yang agak istimewa dan berlainan dari blog lain.

Pertamanya laman http://cikgulee.blogdrive.com. Beliau adalah seorang bekas guru dan sekarang bekerja di sebuat syarikat. Pengalaman beliau sebelum, semasa dan selepas menjadi guru amat menarik. Pengalaman beliau ini boleh menjadi pengajaran dan rujukan bukan sahaja pelajar tetapi masyarakat sekeliling.

Yang paling istimewanya, beliau adalah seorang Cina yang menulis blognya dalam Bahasa Melayu. Bahasanya sungguh baik seperti dalam buku teks dan kadang kala mempunyai puitis. Beliau ada mengatakan Bahasa Melayu beliau lebih baik dari Bahasa Cina dan Inggerisnya (subjek yang beliau ajar di sekolah dahulu). Isu yang dikupas bukan sahaja mengenai sekolah tetapi juga mengenai kesopanan, masyarakat, motivasi dan sedikit usaha niaga. Pelawat laman blognya juga ramai dan kadang kala banyak bertanyakan masalah sekolah anak-anak.

Blog kedua adalah http://pakwattan.blogdrive.com. Beliau seorang pelajar PhD di UK dan berumur lewat 20an. Blog beliau banyak menceritakan pengalaman dan cara-cara kejayaan beliau. Bukan menunjukan kejayaan beliau sahaja tetapi kaedahnya sekali. Kajayaan beliau bukan sahaja melalui pelajaran tetapi juga perniagaan, keluarga dan ibadah. yang paling menarik adalah bagaimana urusan perniagaannya yang jujur membuahkan hasil simpanan RM100,000 . Kami mempunyai beberapa kenalan yang hampir sebaya dengan beliau tetapi sampai sekarang tidak mencapai kejayaan ini. Secara kesimpulannya, kesan kejujuran tidak nampak di kaki.

Usaha beliau dari zero to hero boleh menjadi satu contoh kepada anak-anak muda.

Dari sini kami simpulkan, bahawa blog bukan hanya satu medium untuk meluahkan perasaan atau menunjukkan kejayaan tetapi juga kaedah dan cara untuk orang lain ikuti. Kami mempunyai pengalaman di mana pengalaman orang tidak dapat kami kongsi sebab "lokek", lalu kami dimarahnya kerana terlalu bodoh.

Diharapkan kesungguhan mereka berdua penulis blog ini berpanjangan. Sesungguhnya obses itu satu usaha yang tidak jemu. Sikap obses ini amat kami sanjungi dan sesungguhnya kami juga obses. Kami pernah rasa kesannya. :D