Celcom, telco terbesar di Malaysia telah menawarkan caj baru untuk GPRS dan MMS.

Pendaftaran untuk GPRS adalah sebanyak RM5.00, MMS dari 019 ke 019 - RM0.35, MMS dari 019 ke telco lain - RM0.50 dan muatan kandungan GPRS yang dikenakan adalah sebanyak RM0.10 setiap 10kB.

Berapa agaknya mereka caj untuk kandungan sebanyak 8kB dan 16kB?

Nampaknya penggunaan WAP dan GPRS semakin berkembang. Untuk mengelakkan kami dari ketinggalan dalam bidang kandungan CMS untuk WAP, kami masih membina satu script untuk phpbb yang boleh digunakan untuk telefon bimbit GPRS. Asal script ini dari Jan Soft, tetapi ada banyak kekurangan dan kelemahan dan script ini yang mana kami telah cuba mengubahnya. Sila ke link di bawah dengan menggunakan telefon bimbit anda yang mempunyai GPRS dan broswer WAP.

http://phpbbwap.garagebox.net

Email kepada kami jika anda mendapati kandungan kami ini mempunyai masalah. Sesungguhnya, script ini masih dalam peringkat pembangunan (alpha).