GarageBox.Org

Nokia C3 yang sangat-sangat bajet.

Details
Category: hardware
Published: 19 October 2010
Hits: 4730

Pertamanya, aku beli Nokia C3 sebab hadiah birthday wife aku yang tercinta. Aku tahu model ini model ekonomi. Tapi sebelum itu aku tidak tahu lah apa yang tiada dan aku perlu menerimanya.

Tujuan utama menggunakan handphone baru adalah, ada kamera supaya senang hendak ambil gambar kerja dan email yang bersambung dengan wifi.

Read more: Nokia C3 yang sangat-sangat bajet.

'Free Public WiFi" penipu di seluruh dunia.

Details
Category: wifi
Published: 12 October 2010
Hits: 4024

Perkara ini bukan sahaja aku ada jumpa di cafe dan lapangan terbang tetapi juga di pejabat aku. Ini menyebabkan aku dan kengkawan lain mencari punca AP yang tidak dibenarkan di pejabat sampai akhirnya mengaku kalah sebab tidak berjumpa.

Dari apa yang aku baca pada hari ini (setelah bertahun mencari), rupa-rupanya ia berpunca dari PC (khususnya laptop) yang menggunakan Windows XP sambungan Ad Hoc dan dalam kes ini 'Free Public WiFi'.

Read more: 'Free Public WiFi" penipu di seluruh dunia.

Dell Optiplex 760 hang bila reboot dalam Ubuntu

Details
Category: tips
Published: 30 September 2010
Hits: 2707

Masalah Linux Ubuntu hang pada Dell Optiplex 760 semasa reboot amat menyakitkan hati sebab berlanjutan selama sebulan tanpa disedari semasa membina LAMP-Cacti.

Dari tips-tips di internet, ada yang patch kernel hanya untuk model ini. Kemungkinan masalah ini hanya pada Dell model ini sahaja dan tidak dialami oleh model lain.

Bagi mengatasi masalah ini tanpa kompil, anda boleh tambah reboot=bios pada boot parameter. Samada sementara atau secara kekal pada grub dan pelbagai utiliti boot yang lain.

Diaspora untuk pembangun, dilancarkan.

Details
Category: News
Published: 16 September 2010
Hits: 2607

Pada hari ini, 15 September 2010, Diaspora untuk pembangun telah dilancarkan. Segala kod punca dan API telah ditunjukkan dan seterusnya digunakan oleh semua pengaturcara di dalam hosting masing-masing.

Ya, hosting masing-masing. Kod punca ini buat masa ini hanya boleh digunakan pada server, digunakan oleh orang yang memahami kod dan tidak sesuai untuk digunakan oleh orang kebanyakan. Maka, bagi versi awam, kena tunggu lagi ye.

Untuk maklumat lanjut sila ke, http://bit.ly/9vbQoE dan untuk mendapatkan kodnya, http://bit.ly/cJVIIN .

  1. Jangan menggunakan password email yang sama bagi laman website lain.
  2. GPS discoverable problem in Nokia
  3. SALT
  4. Megatec SMS server for Net Agent (update)

Page 35 of 80

  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38
  • 39