Print
Category: wifi
Hits: 2447
Untuk update firmware Access Point dari V3.57 kepada V3.95

Alat:

  1. Nama model Lucent AP-1000 aka WavePOINT-II V3.57 SN-00UT01205
  2. AP Manager
  3. Latest firmwave wpnt395.bin version 3.95

Lucent Technologies pernah beberapa tahun lepas memperkenalkan access point 802.11b dengan nama AP-1000 / WavePOINT II. Ethernet 10 BASE 2 dan mempunyai 2 PCMCIA slot untuk penambahan kelajuan data dari 11MB/s ke 22MB/s.

Masalah yang dihadapi adalah AP ini jenis lama dan sedikit masalah dengan Pentium Centrino laptop (lebih tepat DELL Latitude 630). Waktu ini 802.11g telah mula digunakan. Tapi tidak apa, untuk kita guna versi b. Masalah yang dihadapi adalah, client lambat buat connection pada AP. Jika dapat connection, network parameter lambat untuk diperolehi jika menggunakan DHCP. Jika dapat parameter DHCP, connection hanya dapat bertahan kurang 5 minit.

Untuk mencari solution untuk masalah ini amat sukar kerana Lucent tech tidak lagi support alatan ini. Support juga tidak dapat diperolehi dari http://www.orinocowireless.com atau http://www.wavelan.com atau http://www.proxim.com. Didapati, syarikat terakhir yang support alatan ini adalah http://www.agere.com tapi bila dicari firmware terkini masih tiada dalam direktori mereka.

Tetapi kami menjumpai beberapa link mirror yang dapat membantu. Nampaknya, lama kelamaan AP ini akan ketinggalan zaman. Mungkin ada mereka diluar sana yang masih menggunakan AP-1000, kami mugkin akan buat mirror beberapa fail firmware dan juga untuk Orinoco card sebelum pupus.

Semasa kami cuba mencari solution di internet, ada beberapa artikel mengenai AP ini. Amat berbeza dari AP murah dan mudah digunakan di pasaran sekarang kerana banyak feature yang berguna berbanding AP yang lain.

Cara upgrade firmware AP-1000

  1. Kami cari latest firmware dari http://ftp.microcom.ro/Windows/Wireless/Orinoco/ dan cari fail WPAWP75.EXE .
  2. Unzip dan install AP manager. Selalunya, firmware update untuk AP-1000 ada bersama.
  3. Cara untuk update firmware update mudah. Tapi kalau tak tahu juga, update kami kemudian.

Kesimpulannya, masalah connection yang berubah-rubah akan selesai dengan update firmware ini. Tapi AP ini masih tidak dapat buat 128bit encryption. Mungkin Orinoco PCMCIA card belum update lagi?