Print
Category: tutorial
Hits: 2066

Di sini aku nak tunjukkan cara untuk mengatasi masalah LVM yang hilang atau tidak di-mount atau ingin mount LVM pada system baru dan sesungguhnya LVM tidak rosak. Dalam kes aku, file server aku ada 2 harddisk, di mana harddisk pertama adalam OS Linux dan kedua adalah LVM. Aku jadikan LVM sebab senang untuk tambah-tambahkan harddisk. Tetapi, agak malang OS aku yang rosak tetapi LVM tidak. Kalau pasang semua OS, tetapi LVM tidak mount secara automatik.

Caranya,

Pastikan utiliti LVM ada di dalam OS. kalau tiada, jalankan arahan ini.

#apt-get install lvm2

Seterusnya jalankan arahan ini untuk memasukkan module (driver) untuk LVM.

#modprobe dm-mod

Uji keberkesanan utiliti LVM, modulenya dan LVM itu sendiri dengan menjalankan arahan ini.

#lvdisplay

Jika tiada masalah rahan di atas menunjukkan maklumat berkenaan LVM tanpa sebarang masalah. Jika ada masalah, mungkin LVM tidak boleh diselamatkan lagi. Buat LVM baru.

Akhir sekali, jalankan arahan di bawah untuk membuatkan LVM berada dalam /dev

#vgchange -ay

Cuba periksa di /dev/mapper/, ada atau tidak nama logical volume. Jika ada, anda boleh mount volume tersebut.

Itu sahaja dari aku.