Category: tips
Hits: 5361

Adakah anda tahu, jika mengepos status di Facebook (atau laman sosial lain) mempunyai impak sebaran atau jumlah pembaca mengikut masa tertentu?

Ok. Ini yang aku dapat tahu dan apa yang pernah aku cuba.

 

1. Awal pagi - Aku tak tahu kenapa jumlah pembaca status lebih banyak pada waktu ini semasa orang sibuk ke pejabat, menghantar anak ke sekolah dan macam-macam aktiviti pagi yang lain dengan pantas. Tetapi aku pernah cuba letak satu iklan dalam Group Facebook, dalam 1 jam, boleh dapat 45 pembaca. Mungkin orang akan periksa Facebook, semasa mula duduk di depan komputer pejabat, dan bukan kerja didahulukan.

2. Antara waktu balik kerja sehingga waktu makan malam. - Mungkin suasananya seperti point pertama. Tetapi susah nak dipercayai. Sebab aku pernah cuba pada waktu ini, kadang-kala pembaca ramai, kadang-kala tidak.

3. Semasa waktu tidur - Susah nak percaya. Tapi sebelum tengah malam, memang ada ramai pembaca status Facebook.

Waktu yang tidak ramai pembaca status Facebook.

1. Waktu kerja, 9 pagi sehingga 5 petang. - Macam aku cakap tadi, orang akan periksa Facebook pada awal dia bukak komputer pejabat. Selepas itu, dia sambung kerja. Kalau dia seorang yang disiplin, memang tak bukak langsung la.

2. Selepas makan malam - Orang dah tengok tv. Kalau ada program bola atau Maha Raja Lawak, memang takde orang nak bukak Facebook atau tweet. Kalau ada orang nak hantar status pasal program TV, memang tak ramai. Statusnya orang akan balas selepas program tv tamat.

3. Hujung minggi - Kebanyakkan orang habiskan masa dengan keluarga dan tengok tv atau pergi berjalan-jalan. Diorang tak mengadap komputer. Orang dah tweet dan guna facebook guna Smart Phone la!!!! <<< Silap, aku ada buat iklan hujung minggu dalam Facebook, 1 hari nak dapat 10 pembaca pun susah.

Maka, bagi para usahawan Facebook sekelian, dah tau waktu yang sesuai, tak perlu la buat masa promosi barang pada waktu yang tak sesuai. Buang masa je.

Mungkin kenyataan di atas adalah berlainan mengikut budaya, geografi dan masa sesuatu tempat.