Print
Category: tips
Hits: 2778

Mungkin ada di antara kita ada masalah untuk archive kalender di Outlook 2010 dan 2013. Tetapi tidak pada Outlook sebelum 2010. Ada beberapa sebab tetapi yang nyatanya ada 2 sebab. 1) Outlook tidak akan archive task yang belum ditutup. 2) Task dan event hanya akan diarchive mengikut masa terakhir task/event diubahsuai.

Tetapi jika ini memberi masalah untuk archive, kita boleh ubah dengan archive task/event mengikut masa task/event tersebut.

Caranya,

1. Lancarkan regedit.

2. Untuk Outlook 2010 > pergi ke path ini, HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Office\14.0\Outlook\Preferences

Untuk Outlook 2013 > ke path ini, HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Office\15.0\Outlook\Preferences

3. Klik Edit > new > DWORD value.

4. Taip ArchiveIgnoreLastModifiedTime dan tekan enter.

5. Klik kanan pada ArchiveIgnoreLastModifiedTime dan beri value 1.

6. Keluar dari Registry Editor.

Lancar semula Outlook dan anda boleh archive kalender secara automatik atau manual.