Print
Category: tips
Hits: 6881

Apa yang aku akan sampaikan adalah berdasarkan pengalaman aku yang tidak mengetahui, tidak pernah mendapatkan perkhidmatan sepertinya sebelum ini dan memerlukan perkhidmatan ini pada waktu yang kritikal. Bukan untuk memburuk tetapi hanya untuk menyampaikan sesuai yang perlu diketahui oleh semua.

Ingat. Apa yang diberitahu di sini adalah mengikut pengalaman aku. Sebarang terma dan syarat adalah bergantung kepada pihak bank. Maka, pengalaman ini tidak mungkin akan sama di masa hadapan atau di lokasi lain.

 

 

Buku akaun bank hilang.

Aku agak, semua orang yang mempunyai buku akaun bank sebelum ini tidak pernah mengemaskini buku tersebut walaupun banyak melakukan transaksi menggunakan akaun ini kerana bergantung pada perkhidmatan dalam talian atau memang tidak memerlukan buku langsung kalau berurusan di kaunter. Sekarang ini Maybank tidak lagi mengeluarkan buku baru kecuali dalam kes-kes tertentu. Agaknye kot.

Tetapi, adakah anda tahu, jika sebelum ini anda mempunyai buku bank dan tidak tahu di mana anda simpan, sila cari semula. Kerana jika anda ingin membuat Cek Bank (banker's cheque) anda memerlukan buku bank tersebut.

Jika hilang, anda memerlukan RM15 untuk modal menggantikannya. RM10 setem hasil dan RM5.....ntah...untuk apa. Dalam kes saya, saya bernasib baik sebab bank cawangan bersebelahan dengan Pejabat Pos. Senang nak beli setem hasil. Kalau jauh, macam mana? Maka, sediakan setem hasil RM10.

Aku sendiri tidak tahu caranya macam ni.

Buat cek bank (Banker's cheque)

Aku tak pernah mempunyai buku cek. Sebab aku sendiri pun, tiada urusan dengan mengeluarkan cek. Baru-baru ini, aku ingin membayar tuan tanah sebanyak RM55000. Guna khidmat dalam talian, ada had. Kalau tak silap, RM20000 dalam satu hari. Guna teletransfer, tetapi tuan tanah tak mahu terima jika geran sudah siap, mahu pembayaran penuh pada waktu geran siap. tak boleh tangguh langsung.

Korang tahu tak, kalau nak buat banker's cheque ni, ada had juga kalau akaun anda dibuka di cawangan lain. Had maksimum satu hari adalah RM25000. Untuk mendapatkan satu cek dengan RM55000 hanya boleh dibuat di cawangan akaun itu dibuka. Cawangan lain tidak boleh.

Disebabkan aku tak mahu buat lebih dari 1 cek, terpaksalah aku pandu ke cawangan asal 30km dari tempat aku tinggal dan dari cawangan terdekat dengan aku.

Harap info ini dapat mengurangkan masalah seperti yang aku alami. Saya budak baru belajar, kalau salah harap tunjukkan. Kadang-kala, bertanya kat orang lain pun, macam hampeh takmo tolong. Kemut la.