Ada beberapa kes di mana anda akan mengalami masalah mengakses satu laman tapi akan diajukan (forward) ke http://searchportal.information.com . Ini menyebabkan anda merasakan laman tersebut telah kena hijack atau tidak berfungsi lagi atau juga telah ditutup.

Sebenarnya, laman ini telah dikaburi oleh cookie searchportal.information.com. Contohnya, laman http://abc.com telah kaburi, oleh broswer anda di mana ia akan melihat cookie ke mana arah abc.com ini nanti. Dalam masalah ini, abc.com dilihat perlu dihantar ke searchportal.information.com.

Cara untuk mengatasi masalah ini, adalah memadam semua cookie. Jika anda sayang cookie yang lain, anda perlu mencari cookie searchportal.information.com dan cara ini sungguh memenatkan kerana terdapat banyak cookie lain.

Selepas itu, tutupkan broswer dan lancarkannya semula.