Salam, kali ini, saya akan memberi tips, bagaimana untuk mencuri laptop yang digari dengan cable lock tanpa sebarang penggunaan peralatan tambahan atau memotongnya. Hanya yang anda perlukan adalah pemerhatian dan kelemahan pemilik laptop di pejabat-pejabat atau di mana sahaja yang menggunakan. Teknik ini secara amnya lebih dikenali sebagai social engineering. Long live Kevin Mitnick hahahahaha.
Tip ini memerlukan masa pemerhatian yang lama atau pendek. Tetapi tindakan mencuri hanya sepantas kilat mengikut keupayaan anda.
Langkah pertama, pemerhatian. Ini yang paling penting kerana menunjukkan berapa cepat anda bertindak untuk langkah kedua. Kelemahan pengguna laptop yang menggunakan cable lock di pejabat adalah meninggalkan cable lock di meja pejabat tetapi tidak di rumah. Semasa pulang ke rumah, cable lock ditinggalkan di meja.
Pada waktu inilah, adalah amat berharga kerana cable lock yang ditinggalkan masih mempunyai kombinasi nombor untuk dinyahkunci tanpa disedari oleh penggunanya. Anda hanya perlu mencari cable lock di meja, uji butang lock samada dalam posisi kunci atau nyahkunci. Jika nyahkunci, salin atau hafal nombor kombinasinya. Dan cepat-cepat tingalkan tempat tersebut.
Langkah seterusnya, cari masa di mana mangsa meninggalkan laptop yang dikunci di meja. Pada waktu ini, tanpa berlengah dan sepantas kilat, buka kunci tersebut menggunakan nombor kombinasi yang anda dapati dari langkah pertama dan bawa lari laptop tersebut. Mudah bukan? Jika gagal, kemungkinan pemiliknya telah menukar kombinasinya. Maka, selamatkan diri anda.
Saya tidak mempraktikkan tips ini tetapi saya dapati dari pemerhatian saya di mana cable lock laptop yang ditinggalkan di atas meja di pejabat saya bekerja hampir 70% cable lock ditinggalkan dengan nombor kombinasinya masih dalam posisi unlock. Ini adalah kelemahan pemilik laptop sendiri.
PERINGATAN: Tips di atas adalah untuk menunjukkan kelemahan manusia dan menggambarkan betapa mudahnya kelemahan manusia dieksploitasi. Maka, saya tidak akan bertanggungjawab jika pemilik menjadi mangsa curi atau pencuri ditangkap semasa mempraktikkan tips ini.