Print
Category: Raspberry Pi
Hits: 3068

Ada lagi perbandingan Raspberry Pi dengan alatan lain. Kali ini dengan MK802 II. Kepada sesiapa yang tidak mengetahui MK802 II, adalah pada asal fungsinya menjadikan Android boleh digunakan pada TV dengan sambungan HDMI. Dengan saiz yang besar sedikit dari saiz kad flash, memang amat sesuai digunakan untuk TV sebagai pusat media dan melebihi fungsi WDTV.

 

http://www.cnx-software.com/2012/12/26/mk802-ii-mini-pc-now-costs-as-much-as-raspberry-pi-model-b-lets-compare-them/

Dalam artikel di atas, mereka membuat perbandingan dengan Raspberry Pi. Pada saya agak adil kali ini dibandingkan dengan Raspberry Pi. Tetapi mereka berpendapat dengan jumlah pengeluaran MK802 II yang semakin bertambah, membuatkan harga Raspberry Pi agak mahal. Tetapi dari laman eBay dan Lelong.my harga paling murah bagi MK802 II adalah RM190 tanpa aksesori. Tetapi Raspberry Pi model B yang dijual oleh Element14 adalah RM120.

Malangnya, semasa artikel ini dituliskan, Raspberry Pi tidak lagi dijual oleh Element14 tetapi dijual oleh 2 pengedar dibenarkan di Malaysia dengan harga RM160!!!!!

 Dari segi kuasa pemproses, MK802 II lebih baik dengan Cortex 1.5GHz berbanding Raspberry Pi dengan ARM 700MHz. Keluaran AV agak membantu dalam pemasangan ke TV di mana HDMInya membawa isyarat audio dan video dalam 1 talian berbanding Raspberry Pi hanya video, audio perlu disampaikan dari audio jack berasingan.

RAM pula 1GB berbanding Raspberry Pi model B sebanyak 512MB dan model A 256MB.

Penstoran juga amat baik kerana mempunyai 4GB NAND flash terbina dalam bersama microSD. Tetapi Raspberry Pi hanya mempunyai SD tanpa storan dalaman.

Walaupun MK802 II tidak mempunyai sambungan ethernet seperti Raspberry Pi tetapi ada sambungan WiFi jenis b/g/n.

Memang Raspberry Pi kalah teruk dalam perbandingan ini, tetapi hanya satu sahaja kelebihan, Raspberry Pi ada sambungan IO seperti GPIO, SDI, I2C SPI dan macam-macam lagi. Tetapi kedua-dua alatan ini boleh menggunakan kelebihan USB untuk sambungan IO komputer.

Dalam artikel ini sokongan terhadap Android adalah amat buruk untuk Raspberry Pi tetapi sesungguhnya ianya memang tidak sesuai untuk Android tetapi lebih kepada Linux lain.

Walaupun MK802 II didatangkan dengan Android tetapi ada kumpulan-kumpulan sokongan MK802 II yang membangunkan Linux dan sistem operasi lain untuknya.

http://linux-sunxi.org/Main_Page

Dari segi penggodaman, Raspberry Pi membuka langkap kepada pembangunan perisian dan pembelajaran komputer tetapi MK802 II yang dikuasai Android lebih kepada kepenggunaan sama seperti Android di tablet dan telefon pintar. Rahsia MK802 masih tidak dibuka sepenuhnya seperti dapat dijadikan aplikasi seperti VOIP, server dan sebagainya seperti Linux biasa.