Category: P.R.O.J.E.C.T
Hits: 6342

Sekarang ini, dengan kos utiliti yang meningkat, bukan disebabkan paras bill yang meningkat, tetapi cara penggunaan yang berlebihan dan melampau, dan kesedaran memelihara persekitaran menyebabkan ramai berubah kepada teknologi hijau, hibrid, kurang pelepasan gas-gas merbahaya dan macam-macam lagi.

Aku ada projek berskala sederhana tetapi memerlukan start-up project sebelum projek sebenar boleh diteruskan. Projek mendapatkan elektrik secara percuma di langit 24/7.

Aku tiada pengalaman langsung berkenaan kuasa solar ke tenaga elektrik. Aku hanya bergantung asas pengetahuan elektrik lebih 10 tahun dulu. Untuk permulaan, aku dapatkan solar panel 10W, 12V DC dan solar charge controller 10A, 12V DC dengan harapan sistem in dapat menjana elektrik 24/7 kecuali jika bateri kehabisan kuasa.

 

Rupa-rupanya, controller ini langsung tidak menepati kehendak aku. Aku cuba google mencari controller lain, tetapi semuanya seperti controller ini juga fungsinya. Controller ini, mempunyai automatic timer yang boleh diprogramkan. Hendak mengharapkan manual, aku pun tak faham la. English, tapi aku tak faham, apa maksudnya. Aku rasa English diterjemah dari Mandarin menggunakan Google Translate kot.

Sebelum controller ini boleh digunakan/diprogramkan, perlu dipasang solar panel dan bateri kepadanya. Untuk memprogramkan, tekan butang sehingga paparan (sebarang paparan) berkelip. Selepas itu, boleh tekan beberapa kali mengikut kod yang diinginkan. 0 untuk controller akan ON beban dan OFF jika bateri habis kuasa. 1 sehingga 9 controller akan ON beban selama 1 sehingga 9 jam. Selepas jam tamat, akan OFF beban.

0. (kosong dot) hingga 5. , akan ON beban dari 10 hingga 15 jam.

Bagi mod 6. ON dan OFF beban mengikut butang yang ditekan.

Mod 7. pula, pada waktu siang load akan ON dan pada waktu malam load akan OFF. Sesuai untuk memeriksa pemasangan dan setting.

Tapi, masalahnya, dengan pemasangan yang dicadangkan, aku tidak boleh buat controller berfungsi dan memberi kuasa kepada beban 24/7.

Dah la beli mahal, tapi tidak boleh guna.

Mungkin aku terpaksa aku guna kaedah lain menggunakan controller ini. Mungkin beban akan disambung secara selari pada punca bateri. Maka, jadi akan seperti gambar ini.

Untuk menjadi seperti ini, perlu ada diod yang menghalang arus bateri dari melalui sambungan ke solar panel. Mungkin aku boleh letakkan diod sebelum sambungan bateri tetapi ianya tidak praktikal. Kena periksa diod dalam controller ini. Buka. Yes! Memang ada. Maka, aku boleh sambungan beban secara selari dengan bateri.

Maka, kesimpulannya, pada waktu siang, controller akan periksa bateri akan kekurangan arus. Jika ada, controller akan cas bateri dan pada waktu yang sama akan ON beban. Jika bateri penuh dicas, controller akan putuskan arus ke bateri dan beban pula akan mendapat arus dari bateri.

Pada waktu malam pula, tiada arus untuk controller dari solar panel. Beban akan hanya bergantung arus dari bateri.

Tapi, teori ini mempunyai beberapa masalah jika, pada siang hari, bateri penuh dan controller akan memutuskan arus untuk cas bateri. Beban akan bergantung pada arus bateri. Tetapi hari siang masih panjang dan solar panel masih boleh membekalkan arus pada beban. Ini pembaziran kuasa bateri pada waktu siang yang sepatutnya boleh digunakan pada waktu malam.

Untuk mengatasi masalah ini, mungkin aku terpaksa sediakan bateri yang lebih besar. Contoh, jika bateri 7AH (1A kuasa diperlukan untuk cas dan discas) maka, 7 jam diperlukan untuk cas bateri. 7 jam lagi untuk discas tetapi tidak cukup untuknya membekal arus melepasi waktu malam dan seterusnya menerima kuasa solar pada esok hari.

Perlu bateri yang lebih besar untuk membekal kuasa selepas 7 jam cas dan melepasi waktu malam. Juga solar panel yang tinggi kuasa arusnya untuk membekal kuasa kepada bateri yang besar dan dapat cas dalam masa yang singkat.

Wish me luck. Harap-harap teori ini boleh direalisasikan.