Print
Category: P.R.O.J.E.C.T
Hits: 3308
Yang lepas-lepas, banyak projek bermula tetapi tidak digerak sehingga tamat. Banyak yang tergantung. Tapi kali ini (insyallah) projek ini bermula dengan beberapa sebab dan kepentingan.

Projek kali ini adalah untuk menggunakan Access Point (AP) dan Radius Server sebagai authentication. Dan dengan ini, projek ini dinamakan WIRELESS DUMB. TAJUK:
Wireless Dumb.

OBJEKTIF:
Menggunakan AP dan radius server untuk memudahkan penggunaan alatan wifi dengan keselamatan rangkaian yang baik dan munasabah dengan kos yang rendah. Kurang RM500 satu lokasi.

TUJUAN:
1)      Mengatasi masalah pengguna alatan wifi yang tidak tahu memasukan KEY NETWORK untuk inkripsi wifi.
2)      Mengatasi masalah setting keselamatan yang berubah di setiap lokasi AP.
3)      Mencipta satu system keselamatan untuk wifi yang tidak boleh di spoof dan didikripsi.

KAEDAH:
1)      Tukar wireless security AP kepada Open Mode (tanpa keselamatan).
2)      Tukar wireless security AP kepada Open Mode (tanpa keselamatan) dan menggunakan SSID yang sama.
3)      Authenticate pengguna alatan wifi dengan MAC Address yang dinilai oleh Radius Server.

PERALATAN:
1)      AP – Linksys WRT54G atau Linksys WAP54G atau AP yang mempunyai setting keselamatan RADIUS dan router mode.
2)      RADIUS Server – FreeRADIUS dalam Linux.

PERANCANGAN:
1)      Mencari kaedah untuk menukarkan AP menjadi router mode. Seterusnya dapat menggabungkan 2 private network yang berlainan subnet. Atau menggunakan AP sebagai router yang menggabungkan 2 private network yang berlainan struktur tetapi berada dalam subnet yang sama.
2)      Memasang RADIUS server (FreeRADIUS) yang dapat menggunakan MAC Address sebagai authentication key. Komunikasi antara AP dan RADIUS server.
3)      Menulis satu script yang dapat menguruskan RADIUS server dengan mudah atau guna web based.

Semoga berjaya.