Jika anda membaca InTech dalam suratkhabar The Star semalam, ada menceritakan bagaimana pencetak 3D yang boleh mencetak pelbagai bentuk dan model sesuatu barangan. Dengan kos antara RM4000 hingga RM8000, kita sendiri boleh memilikinya.

Tidak lama dulu pun, kita ada menceritakan bagaimana ada orang yang mula mencetak bahagian raifel.

Mencetak senjata guna pencetak 3D

Kejayaan satu kumpulan di Amerika Syarikat menghasilkan magazin melebihi 10 biji peluru telah memberi satu suasana baru dalam cadangan untuk menggubal undang-undang baru penghasilan magazin dan peristiwa tembakan rambang baru-baru ini.

Di waktu ini, orang awam dilarang untuk memiliki magazin yang boleh menstorkan lebih 10 biji peluru. Tetapi pembikinan magazin berspring yang diperbuat dari plastik memudahkan lagi pemilikannya secara haram. Penguatkuasaan undang-undang juga sukar kerana pemiliknya mudah memusnahkan bahagian ini.

Yang jadi lebih bahaya, adalah plan dan rekabentuk raifel mungkin mudah diperolehi dan dibuat secara DIY di serata dunia.

Malaysia mungkin perlu mempunyai undang-undang yang lebih ketat supaya rekaan ini tidak diterima langsung. Akan ada kumpulan yang mungkin tidak berniat jahat tetapi menjadi satu hobi memiliki senjata secara haram. Walaupun begitu, isu internet baru-baru ini dan perkembangan demokrasi terkini tanahair mungkin melambatkan penggubalan undang-undang baru.

http://www.forbes.com/sites/andygreenberg/2013/01/14/gunsmiths-3d-print-high-capacity-ammo-clips-to-thwart-proposed-gun-laws/