Semenjak LEGOLAND dibuka di Johor, ramai orang telah pergi ke sana dan bercerita pengalaman di sana. Sudah pastinya, perkataan mahal keluar dari mulut mereka. Termasuklah alat permainan Lego yang jika dijual di pasaraya terkemuka pun masih lagi mahal. Tapi ada produk Lego yang lebih mahal iaitu Lego Mindstorm.

Kali ini versi baru yang dikenali sebagai Lego MINDSTORM EV3. Permainan ini dikuasakan dengan ARM9 SOC dan Linux. Sebelum ini pun, banyak produk Lego menjadi bahan kepada penggodam. Tetapi kali ini memang sedia untuk "dirogol" oleh penggodam.

 

Berharga sekitar USD350 dan mempunyai sambungan ke komputer dan telefon melalui WiFi, USB 2.0 dan Bluetooth.

Memang menarik tetapi agak mahal. Tidak apa la Adham. Ayah tak mampu beli Lego Mindstorm set. Ayah takde mainan macam ni pun masa kecil dulu. Tapi boleh je buat macam-macam.

http://www.engadget.com/2013/01/07/lego-mindstorms-ev3-arrives-tailored-for-mobile-apps/

http://aboutus.lego.com/en-us/news-room/2013/january/new-smarter-stronger-lego-mindstorms-ev3/

http://tweakers.net/nieuws/86473/lego-kondigt-nieuwe-mindstorms-robotkit-aan.html