Semalam 16 Mei 2012, Google telah melancarkan Chrome Web Store di Malaysia bagi membolehkan aplikasi Chrome Web Store dibangunkan oleh pembangun tempatan.

Telah menjadi trend di mana, sebarang Sistem Operasi dan Sistem Persekitaran mempunyai pemasangan aplikasi bersepadu seperti Google Play (Android), Apps (Apple) dan macam-macam lagi.

Tetapi agak pelik jika aplikasi ini ditawarkan di pelayar internet seperti Chrome. Apa yang boleh saya katakan, kandungan aplikasi di Chrome kurang, tidak menarik dan kurangnya penggunaan dan kelebihan berbanding aplikasi yang sama atau kandungan yang dipaparkan terus dari pelayar internet Chrome.

Contohnya, salah satu aplikasi Chrome tempatan adalah suratkhabar, The Star. Walaupun beritanya dikemaskini setiap masa, tetapi kandungannya amat terhad berbanding akses terus dari thestar.com.my. Beritanya pula pendek.

Mungkin juga salah satu objektif untuk mengakses dengan cara cepat dan tidak diganggu oleh iklan dan sebarang add-on yang tidak berkaitan. Tetapi kandungan yang kurang, mungkin tidak memberi apa-apa kelebihan pada Chrome.

Mungkin, Web Store ini sesuai pada Chrome OS, sistem operasi yang dibangunkan untuk PC dan netbook seperti menggabungkan OS dengan pelayar internet.

Atau pun, lebih baik, pembangun tempatan ini cuba membangunkan aplikasi yang lebih baik. Seperti, Maybank, bukan hanya perlu aplikasi perancang ekonomi tetapi juga transaksi mudah dan cepat yang masih belum ada lagi. Cara ini memudahkan transaksi pada talian lembab dan kurangnya transmisi kod HTML yang biasa terlalu banyak dan menyesakkan.

Kalau setakat laman infomasi sahaja, kalau dipaparkan menggunakan Web Store, mungkin amat susah untuk menjana pendapatan melalui Google Adsense.