Hidup di dalam dunia yang sentiasa berkembang, kita juga secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kadar buang sampah. Tetapi dengar kadar kesedaran kepada alam sekitar yang sangat rapuh ini, kita disarankan untuk kitar semula bahan buangan ini.

Buangan industri elektronik penyumbang bilangan bahan buang yang agak rendah berbanding bahan buangan domestik tetapi penyumbang kadar pencemaran bahan merbahaya yang amat tinggi.

Bagi komputer, sudah ada beberapa cara untuk memanjangkan hayat penggunaannya seperti mengubah sesebuah komputer biasa kepada server atau komputer yang berkeupayaan tinggi menggunakan sistem operasi yang boleh diharap dalam tempoh 3 hingga 8 tahun lagi selepas komputer itu dikatakan telah ketinggalan zaman. Selalunya, komputer terkini bertahan selama 3 tahun sahaja.

Kini ada cara lain untuk mengitar semula komputer. Lihat video seterusnya.