Selama 4 hari (3 hari sebenarnya) antara 31 Mei - 3 Jun 2009 telah diadakan persidangan berkenaan Open Source di Berjaya Times Square Hotel. Aku pada awal lagi telah mendaftar sebagai Bussiness Delegate. Feenya agak murah berbanding HITB yang kos nak masuk sahaja RM2000. Dengar cerita dari rakan-rakan terdekat, MDeC bajetkan 1 delegate RM800 lebih tinggi berbanding fee paling mahal yang dikenakan. Pada hari pertama 31 Mei – diadakan event yang dinamakan Hackathon. Aku tidak tahu apa maksudnya. Tetapi pada hari itu, pada asasnya  2 aktiviti telah dijalankan. Satunya, kelas dan workshop Open source dan security yang diadakan pada beberapa tempat di ruang konvensyen. Keduanya, diadakan workshop dan taklimat untuk pertandingan LAMP2WIN. Aku hadir agak lambat sebab bergerak dari Johor pada pukul 9pagi. Sampai di KL, check-in, pukul 1 lebih baru masuk conference.

Baru masuk ruang legar, sudah ada beberapa orang yang boleh dijadikan teman baru. Ada juga beberapa orang yang bekerja sama syarikat dengan aku tapi aku tak kenal sebelum ini. Tetapi pada masa itu, booth belum dibuka dan para sponsor datang untuk membuat persiapan di booth masing-masing pada lewat petang.
Pada hari kedua, aku masih ke konvensyen utama pada hari itu untuk perasmian OSCONF 2009. Tetapi pada pagi itu, jadual telah diterbalikkan di mana Anthony Baxter dari Google Australia untuk menyampaikan keynote awal sebelum perasmian.

Selepas perasmian, workshop-workshop lain telah diadakan di beberapa tempat di ruang konvensyen. Pada waktu itu, aku masuk ke workshop yang bertajuk Next Generation Mozilla Firefox 3.5 Fennec, Bespin and more. Presentor adalah Gen Kanai dari Mozilla Japan.

Dalam workshop ini, diterangkan bahawa Mozilla dalam proses untuk melancarkan Firefox versi 4. Penggunaan Firefox seluruh dunia juga meningkat. KL menjadi negeri tertinggi penduduk menggunakan Firefox. Johor pulak dapat no 4. Tak ramai ke? Didapati, HTML versi 4 akan ditukar kepada HTML 5 yang masih dalam peringkat penyusunan. Keistimewaan yang ada di dalam HTML 5 adalah, @font_face, di mana font yang digunakan pada laman web tidak lagi bergantung kepada font library di dalam komputer.

Selepas lunch, aku masuk ke konvensyen ucapan dari speaker yang diundang pada hari itu yang bertajuk “Can Open Source Bring About Your Next Innovation Breakthorugh?” Ahli panel yang diundang adalah Dato’ Dr Kamaljit Singh dari GIRC, Tengku Farith Rithaudeen dari SKALI, Gen Kanai dari Mozilla, Ang Chin Han dari ByteCraft dan dipengerusikan oleh Dr Raslan Ahmad dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Apa yang dicapai dalam perbincangan ini, masing-masing bersetuju, tidak kira sama Open Source, Close Source, Chilli Sos or Tomato Sos, inovasi dapat ditingkatkan asalkan dapat memuaskan pihak pelanggan.

Pada waktu itu, aku telah berjumpa dengan x-boss aku di MMU, Melaka tidak lama dulu, Dr Shahrin Shahib, dekan UTEM. Kami berbincang pasal cerita lama dan kerja masing-masing sehinggalah aku dapat tahu, kami ni sedara rupanya. 
Aku balik awal petang itu, untuk persiapan private function dan dinner malam ini yang dianjurkan oleh pihak penganjur utama untuk menubuhkan OSDC.MY. Berbaloi gak bayar mahal. Hehhehehe.

OSDC.MY dirasmikan oleh Tun Mahathir dan aku berpeluang bergambar bersamanya dan RooT (sahabat lama). Salah satu petikan ucapannya, "I'm 84yrs old. I was amongst those who suggested linux and OSS so many years ago, but have almost forgotten it."

Pada malam itu, Chris Dibona, Open Source Program Manager Google telah dijemput memeriahkan malam tersebut. Jika anda tidak mengenali beliau, adalah Linux Guy dari siri TechTV (RIP) dan penulis Slashdot.org.

Malangnya, pada hari ketiga, aku tidak dapat menghadiri conference pada hari tersebut kerana boss panggil meeting di Melaka. Ada 2 talk yang aku terlepas, Chris Dibona dan Dr Sharin, Dekan UTEM.

Pada hari terakhir, aku masuk conference pasal Mobile Application development, Mobile Internet yang menjurus kepada penggunaan Netbook, Zonestrait free DNS dan Facebook Connect.

Yang paling best aku rasa Facebook Connect. FYI, aku ni memula dulu bukan minat bab-bab net-social ni. Aku anti sungguh. Tapi selepas register dan masuk pulak talk ni, aku terus lekat. Facebook Connect disampaikan oleh Nasrul Amri Samsudin, Ambassador for Facebook Developer Garage Cyberjaya dan beliau baru menerbitkan satu buku bertajuk Rahsia Pemasaran Facebook. Penyampaiannya agak bagus dan mudah difahami di dalam beberapa ketika menggunakan broken English dan tersasul cakap melayu. I salute you because you are brave, man!

Pada malam sebelum Award Party, aku berpeluang masuk ke secretariat dan berkenalan dengan Nasrul. Aku beli buku dia (sorry buat ko cari aku mintak payment, aku lupa bayar, ingatkan free hehehehhe) dan berbincang kelebihan yang ramai tidak tahu mengenai Facebook. Aku akan ingat kata-kata ko, dan aku tahu ko nervous bila talk in English (tak Nampak nervous pun), and not stupid macam Sharifah Amani cakap Melayu.

Malam tu Award Party, best!! Tapi ramai balik lepas makan. Adios!

Untuk gambar-gambar, sila ke http://garagebox.org/gallery/thumbnails.php?album=32