Sudah lama tidak menulis disebabkan oleh beberapa sebab. Masa bulan puasa lalu, aku mengalami depression yang sebelum ini aku sendiri tidak tahu.
Disebabkan masalah peribadi yang amat merunsingkan, aku cuba melupakannya dengan beberapa cara atau mengikut perasaan sahaja. Mengikut perasaan bukanlah menyusahkan diri tetapi masih memikirkannya dalam masa yang sama, masih boleh berfikir dan bekerja dengan baik. Apa yang berlaku adalah kadar ingatan dan kadar masa berfikir menjadi semakin susut. Mungkin disebabkan cara berfikir yang ekstrim bagi menyelesaikan masalah dan faktor umur yang semakin meningkat. Tempoh tidur yang panjang dan kadang kala kepayahan untuk tidur malam. Ada juga berbincang denngan script kiddies mengenai masalah ini dan dia juga mengalami masalah yang sama. Buat masa ini dia mempunyai projek sendiri yang baru. Kami menjadi amat takut di mana akan sampai satu masa nanti, tidak boleh berfikir dan mengeluarkan idea-idea baru seperti dulu.
Sehingga berlaku pada satu hari, aku jatuh dan muntah air dengan banyak. Selepas tu, aku terus ke klinik untuk mendapatkan nasihat. Apa yang aku dapat tahu, aku mengalami migrain dan hampir mengalami masalah gastrik. Doktor kata, tiada ubat untuk mengatasi penyakit itu kecuali melakukan beberapa perubahan.
1) Masa aku cerita apa kena dgn aku, doctor tu gelak kan aku sambil kata, "Ko ada masalah ni. So, ko dah kena migrain. Ko je tak tau. Takde ubat kecuali ubat nak kurangkan sakit je. Apa yang ko boleh buat, selesaikan masalah ko tu." Ni, aku tak tau nak settlekan camne. Dah mati akal dah ni.
2) Makan tak tentu masa. Jangan skip makan. Memang betul la kata doc tu, semenjak aku ada masalah ni, aku skip makan. Lunch pukul 3:30pm. Minum petang kul 6pm. Dinner kul 10pm. Lepas raya ni, aku terpaksa tune balik. Makan even sikit skali pun.
3) Check mata, takut power rabun dah naik. Sebelum pose aku ada gi check, doc mata tu kata normal tapi kering.
4) Tidur tak cukup optimum. Tak boleh terlebih atau terkurang tidur. Tak tentu bg semua orang. Betul la kata doc tu, even terlebih tidur aku boleh sakit, lagi la kurang tidur aku kena demam panas.
5) Jangan ambil coffee, tea dan makanan pedas. Nak elak gastric dan migraine kembali. Memang aku dok banyak minum coffee sebab aku banyak lepak kat cafe tu, even mak aku dah pesan jgn minum coffee. Sekarang aku tak ambil terus. Tapi tea buat aku tenang. Hhehehe, ok jek.
Masih lagi ambil beberapa ubat walaupun cuba mengelaknya. Tapi untuk berasa sihat secepat mungkin, terpaksa la makan.
Maka, script kiddies juga perlu kehidupan yang sihat.
Digital MediCare
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 2248