Hack in the Box datang lagi pada tahun ini dengan talk dan penyertaan dari orang ramai lebih memberangsangkan. Apa yang ditunggu-tunggu adalah Capture the Flag yang disertai oleh Zone-h dari Itali. Zone-h adalah satu badan bebas yang mengawasi aktiviti hacking di seluruh dunia. Team ini menjadi pilihan untuk menang setelah M0S menarik diri sebab komitmen.

HITB Conference kali ini juga disertai oleh Micro$oft untuk kali pertama memperkenalkannya kepada hacker Windows Vista dan keselamatannya sebelum dilancarkan pada tahun depan.

Konferen yang bermula pada 18 September 2006 di Hotel Westin, KL tetapi kami berada di sana pada 20 September. Kami datang hanya untuk membeli baju dan aksesori yang dijual. Kali ini ada banyak pilihan berbanding tahun lepas. Pada hari akhir, setiap pembelian baju T-Shirt disertakan sticker Mozilla percuma.

Kami dapat berjumpa kawan-kawan lama (dapat jumpa setahun sekali je) dan bertukar-tukar pendapat mengenai forensic dengan NISER, produk baru dari CISCO dan Lucent, dan etc.

Bilangan speaker juga agak ramai tapi kami tak dapat masuk secara seludup seperti biasa sebab takut :D. Tapi tahun depan nak try tanya vendor untuk support kos forum nanti.

Kemasukan Zone-h dalam CTF pada tahun ini memberi cabaran baru kerana diserang teruk oleh DOKDO-KOR dari Korea Selatan selepas bertahan dengan mata yang tinggi. Juara dimenangi oleh DOKDO-KOR dan tempat kedua dimenangi oleh ZOne-H. Tempat ketiga dimanangi oleh Qb1t dari Singapore. Hadiah tunai tempat pertama dan kedua diderma kepada MAKNA

Masa kami amat terhad kerana kekangan duit, maka, ada kekangan masa. Membuatkan kami perlu balik awal pada hari akhir. l33tdawg (founder of HITB)tiba-tiba personally invite kami masuk pada majlis penutup. What else can we do? Kalau dah founder ajak, so, masuk je la. Tapi kami terpaksa bergerak balik selepas 45 minit majlis penutup berjalan untuk mengejar bas akhir ke Fresh Town.

PICTURES

REVIEWS & CONTAIN