Berita terbaru dan hangat dar MyCERT adalah aktiviti pencerobohan terhadap server di Malaysia telah meningkat sejak beberapa minggu ni. Kebanyakkannya menceroboh dan merubah kandungan dengan kandungan yang anti kerajaan Malaysia dan pemimpin. http://www.mycert.org.my/advisory/MA-087.032005.html

Adalah dipercayai, ianya datang dari Indonesia dan secara tidak langsung mungkin berpunca dari isu antara negara seperti blok minyak di Laut Sulawesi dan PATI.

Pencerobohan komputer yang disebabkan oleh isu politik telah lama berlaku seperti isu pemisahan Taiwan , China dan Korea, Jepun tidak lama dahulu. Ia mungkin menjadi trend kepada hacker yang nasionalis.

Jika mereka memikirkan pride sendiri, bagaimana dengan pride orang lain?