Laman blog JeffOoi.com, sebelum ini, dari apa yang semua telah maklum telah dibidas oleh banyak pihak kerana satu artikel (ruangan Screenshot) dari salah seorang ahli blognya yang menggunakan nama samaran 'Anwar'. Kenyataan yang dikatakan menghina Islam (Hadhari) menyebabkan beberapa pemimpin Melayu melenting dengan nada yang keras terhadap Jeff Ooi. Beberapa pemimpin kerajaan termasuk PM juga memberi komen yang kebanyakannya meminta isu ini dihentikan dan meminta maaf secara terbuka tanpa perlu kerajaan menggunakan ISA. Dato Noh Omar, Timbalan Menteri Kementerian dalam Negeri, meminta menghentikan sebarang kenyataan yang berunsur perkauman dan agama kerana bagi beliau, isu agama lebih buruk berbanding perkauman kerana orang sanggup mati kerana agama. Oleh itu, beliau meminta sesiapa yang memberi kenyataan hasutan di internet dan juga mereka yang cuba mencuri maklumat rahsia kerajaan melalui ruang siber akan diambil tindakan. (Kenapa isu Jeff Ooi sama dengan hackers? Lari topik) Pendapat beliau ini seperti isu Black Metal yang menyembah syaitan, maka kumpulan Exist juga menjadi mangsa. Tetapi sebagai Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik, agak lambat memberi komen. Adalah agak menghairankan kenapa Jeff Ooi dituduh menghina Islam walhal yang memberi pendapat adalah orang lain? Selepas ini, adakah mereka sanggup menahan CEO Geocities kerana kenyataan hasutan oleh ahlinya di laman Geocities seperti MAHAZALIM? Komen yang dikeluarkan oleh semua pihak pula seperti kenyataan hina itu keluar dari pemikiran orang bukan Islam. Kemungkinan juga 'Anwar' itu seorang Islam tetapi tidak bersetuju dengan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Tetapi akhirnya, pihak kerajaan tidak akan mengambil apa-apa tindakan setelah Jeff Ooi memberi kerjasama dan menahan akaun pengguna bernama 'Anwar'. Kerajaan juga mempunyai sebab untuk tidak mengambil tindakan kerana beberapa sebab 1) PM telah tersilap membuat kenyataan yang disebabkan oleh kekurangan maklumat dan mendapat taklimat yang kurang tepat mengenai ruangan Screenshot. 2) sebarang tindakan terhadap Jeff Ooi dan Screenshot, akan menggambarkan penindasan kepada hak kemanusiaan dan mengganggu perancangan PM dalam pentadbirannya dan 3) Bill of Guarantee - tiada sekatan terhadap internet - seperti terkandung dalam Communications and Multimedia Bill 1998http://www.dapmalaysia.org/english/lks/oct04/lks3192.htm
Iktibarnya dari isu ini adalah, jangan buat kenyataan sebelum mengetahui apa sebenarnya isu itu. Tindakan kerajaan ini lebih baik dan bertimbang rasa tidak seperti zaman yang lepas-lepas.
http://www.jeffooi.com/archives/2004/10/my_sincere_appr.php
JeffOoi.com - Boleh cakap tapi tak boleh banyak-banyak.
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 2614