Profil Penggodam
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 2452
Berita Harian, 17 Sept 2004 : Berdasarkan kajian Sophos, sebuah syarikat pakar perisian antivirus, penggodam lazimnya boleh dikatakan sebagai pendiam, kera sumbang dan amat terpengaruh oleh ideology tertentu. Kebanyakkan mereka patah hati kerana cinta mereka ditolak oleh gadis pujaan mereka dan mereka juga kurang beretika.
Hanya seorang penggodam yang dikenalpasti sebagai wanita hingga kini. Di atas hanya sebahagian artikel pada hari ini mengenai penggodaman (hacking). Syarikat ini mendapat gambaran ini dengan cara yang amat tidak patut. Adalah sungguh tidak adil mengatakan bahawa para penggodam ini sealunya ditolak cintanya. Jika kita ambil contoh dari cerita "Takedown" (jika ini benar dalam hidup Kevin Mitnick), penggodamlah yang menolak cinta perempuan kerana obses. Janganlah anggap mereka ini tiada nafsu sampai tidak tahu menggoda.