Keadaan di KLCC sama saja di Dataran Merdeka 9 tahun lalu. Masih sesak dan gamat. Tetapi, bezanya terdapat beberapa rakyat asing (migran yang bekerja di Malaysia samada secara haram atau tidak) sama sekali berhimpun.
Perhimpunan mereka ini dapat memeriahkan keadaan dan menghayati sesungguhnya rakyat Malaysia amat bertuah. Tetapi golongan ini kadang kala cuba mencetuskan havoc dan memperlecehkan semangat rakyat Malaysia menyambut hari kebangsaan kita di perhimpunan detik 12 malam. Aksi-aksi mereka yang kurang menyenangkan membuatkan rakyat kita yang sama berada di KLCC kurang semangat untuk bergembira. Nampak seperti malam itu, malam mereka sahaja.
Tetapi akhirnya, pada 12 tengah malam 31 Ogos 2004, mereka (rakyat asing) terdiam dan menggeruni kita semasa lagu "Negaraku" dinyanyikan dan diteruskan dengan lagu "Jalur Gemilang". Bahawa sesungguhnya, kami masih majoriti di sini. Kami rasa bertuah dengan negara kami.
Semasa pulang dari KLCC, keadaan dicemari dengan beberapa orang PUNK yang pengsan mabuk. Sungguh hina dan menakutkan. Takut? Mereka sebenarkan menakutkan/mengganas di luar tapi balik rumah mintak nasi pada mak. Malu la. :D