Beberapa IT consultant dan antivirus developer telah mencadangkan larangan penggunaan Internet Explorer dan bertukar kepada broswer lain seperti Mozilla dan sebagainya setelah IE gagal menyekat virus Download.Ject. Selama ini saya mengalami kebimbangan menggunakan perkhidmatan perbankan disebabkan terlalu banyak spyware dan keylogger yang terdapat dalam PC yang masuk secara automatik. Kemasukannya ini kerana IE menerima arahan pop-up yang selalu digunakan oleh hacker untuk download trojan mereka tanpa pengetahuan pengguna.

Setelah beberapa lama mencari penyelesaian akhirnya saya menggunakan Linux Live CD. Tetapi masalah baru timbul kerana Maybank2u hanya support vbs untuk fungsi lamannya. Tetapi baiknya pihak Maybank membenarkan pengguna menggunakan Netscape sebagai broswer alternatif. Netscape ini pula menggunakan software Mozilla.

Maka adalah lebih baik pengguna semua menggunakan broswer Netscape atau Mozilla dalam melakukan aktiviti perbankan di Maybank2u. Tetapi perlu diingat, OS kita masih Windows dan mungkin ada orang yang telah masukkan spyware secara manual. Oleh itu, Linux Live CD bersama Mozilla lebih baik :D

http://news.yahoo.com/news?tmpl=story&u=/zd/20040707/tc_zd/130985