Celcom ada menawarkan pakej terbaru berkenaan servis internet/data prepaid. Kali ini agak menarik, kerana ada 2 pilihan pakej untuk harian. RM1 untuk 30MB dan RM5 untuk 300MB kuota. Pakej RM1 hanya sesuai untuk orang tertentu, macam aku yang sudah kehabisan akses di iPad dan perlu menggunakan internet sekejap di telefon pintar.
Pakej penuh adalah seperti di bawah.
Untuk menempah sesuatu pakej, hantarkan SMS (contohnya "net1" untuk RM1) ke 28882.
Jika kuota akan tamat, atau tempoh masa akan luput, Celcom akan menghantar pemberitahuan dan memaklumkan bagaimana untuk tambahan atau penyambungan.
Bagusnya, jika menggunakan anda kurang dari kuota, bakinya boleh dibawa ke hadapan dan digunakan selepas tempoh masa dilanjut.
Anda mungkin seronok menggunakan pakej harian, tetapi pada esoknya pakej harian ditambah lagi tanpa pengetahuan atau arahan anda. Ini tidak diberitahu awal, kerana selepas menempah sesuatu pakej dan tempoh masa tamat, keesokan harinya tempoh penggunaan dilanjutkan dan kredit dikenakan atas lanjutan servis ini secara automatik.
Untuk menamatkan pakej ini. SMS "net stop" ke 28882 bagi menamatkan tempahan untuk tempoh masa seterusnya.