Pertamanya, aku beli Nokia C3 sebab hadiah birthday wife aku yang tercinta. Aku tahu model ini model ekonomi. Tapi sebelum itu aku tidak tahu lah apa yang tiada dan aku perlu menerimanya.
Tujuan utama menggunakan handphone baru adalah, ada kamera supaya senang hendak ambil gambar kerja dan email yang bersambung dengan wifi.
Pertama kali pegang Nokia C3 yang berwarna Golden White, kulit penutup baterinya dicat dengan permukaan yang kasar halus. Nasib baik perasan, catnya mudah tanggal bergeser dengan permukaan kasar. Banyak calar, terus minta set baru yang tiada calar. Set ini juga ringan berbanding model lain yang bereka bentuk sama.
Keduanya, penutup baterinya cukup muat pada badannya tetapi tidak jika masukkan SIM card. Pelik, SIM card masuk cukup-cukup, tapi penutupnya susah untuk dikunci yang terdapat pada kiri dan kanan set tersebut.
Sesungguhnya set ekonomi sudah tentunya datang dengan kekurangan. Ianya murah kerana, menggunakan OS lama S40 berbanding sekarang yang banyak menggunakan S60. Tiada 3G tetapi ada EDGE/GPRS dan wifi. Walaupun menggunakan OS lama, tetapi mata tak sakit untuk melihat paparannya yang besar-besar berbanding model bentuk yang sama. Kamera 2 MP dan tiada flash tetapi tiada masalah untuk kekurangan ini. Kalau hendak C series yang baik kameranya, Nokia C5 lebih baik dengan harga yang lebih sedikit.
Segala masalah/kekurangan di atas tiada masalah bagi aku. Tetapi yang menjadi hal sebab set ini menggunakan cara lama untuk sambung ke internet. Jika set S60, internet bersambung kepada wifi atau 3G/GPRS. Jika tiada SIM card, masih boleh menggunakan Wifi. Jika kita tidak mahu menggunakan terus GPRS disebabkan kos, maka kita boleh padamkan sahaja setting 3G telco.
Tetapi tidak bagi Nokia C3. Jika dipadam 3G setting dan hanya meninggalkan profile wifi, segala browser dan email client tidak boleh membuat sambungan ke internet. Error, invalid setting. Jika cabut SIM card pun, tidak boleh guna internet melalui wifi. Maka, bagi mengelakkan terguna GPRS yang cekik darah tu, maka kena setkan internet connection kepada “Ask first”. Maka tersenarai sambungan GPRS & wifi untuk dipilih.
Maka, tidak boleh buat ala-ala roaming through wifi. Tetapi semasa setkan email client Yahoo Mail dan exitkan client ini, set ini masih boleh check kehadiran email baru. Check melalui GPRS atau wifi? Tidaklah diketahui.