Di negara ini, jarang ada orang menggunakan IDE-CF adaptor. Mungkin ada yang pernah menggunakannya di universiti dan kolej untuk kajian. Secara aplikasi mungkin digunakan dalam bidang perkilangan.

Walaupun kecil ruangnya tetapi adaptor ini dapat menggantikan harddisk mekanikal kerana adaptor bebas berfungsi dalam persekitaran yang terdedah pada gegaran. Ia juga bersaiz kecil, 43 X 36 mm berketebalan 3.3mm dan 5mm. Sambungan ke IDE ada yang male dan ada pula yang female yang terus dipasang ke motherboard.  Pada dasarnya, Compact Flash hanya perlu disambung ke adaptor ini dan seterusnya dipasang pada IDE. Yang menjadi masalah adalah semasa memasang system operasi ke dalamnya.

IDE-CF adaptor tidak boleh digunakan dalam mode LBA dan Large. Oleh itu, mode perlu diubah ke CHS di BIOS. Kenapa? Saya masih mencari sebabnya.

Kebanyakkan IDE-CF juga tidak menyokong fungsi DMA. Masalah yang timbul semasa memasang linux ke CF adalah kesukaran memformat ke sebarang fail system, membuat salinan ke CF, mempunyai error seperti “error writing to disk, timeout” dan kadang-kala hang. Sila rujuk : http://hardware.slashdot.org/article.pl?sid=08/07/12/1851251

Untuk mengelakkan masalah ini, linux perlu diberitahu bahawa DMA tidak diperlu semasa boot. Seperti dalam knoppix “boot: knoppix nodma” .

Maka masalah selepas itu, data transfer menjadi lembab. Dalam eksperimen, install Linux ke dalam CF menggunakan IDE-CF adaptor merasakan seperti menggunakan processor Pentium walhal menggunakan processor Pentium 4.

Cara lain untuk melumpuhkan DMA, hanya kepada fungsi harddisk sahaja. Fungsi ini perlu ada di dalam BIOS. Masa bahagian lain selain harddisk, masih boleh mengharapkan DMA untuk data transfer yang lebih laju.

Tetapi sekarang telah ada adaptor yang menyokong DMA data transfer seperti dari Sandisk. http://www.acscontrol.com/Index_ACS.asp?Page=/Pages/Products/CompactFlash/IDE_To_CF_Adapter.htm

Jika membeli IDE-CF adaptor, anda perlu berhati-hati. Kadang-kala yang dijual di eBay adalah tiruan. Adaptor jenis ini masih boleh digunakan tetapi solderingnya tidak kemas. Jangan terperdaya dengan gambar iklan. Lebih baik percayakan gambar yang diambil sendiri oleh penjual.

Gambar adaptor ini berada disambungan di bawah.

http://garagebox.org/gallery/displayimage.php?album=30&pos=1

http://garagebox.org/gallery/displayimage.php?album=30&pos=2