pada kali ini kami ingin menceritakan masalah marah. Bukan apa, baru sekejap tadi kami telah dimarahi kerana lambat support untuk satu masalah PC login.
Belum lagi beralih tahi mata ini, kami telah dipanggil kerja kerana client kami tidak boleh akses workstation. Dengan hati yang berbelah bagi, pergilah jua.Adalah menjadi satu amalan dengan tidak memberitahu pihak atasan terlebih dahulu masalah mereka ini. Kadang-kala masalah ini hanya kecil atau disebabkan oleh pengguna itu sendiri. Sampai di meja, power up PC, tidak boleh login, check IP, IP dah bertukar ke 192.168.*.* yang sememangnya bukan subnet kami.
Check dengan Head, adakah ada IP VPN migration testing sedang dijalankan, negatif. Ini bukan masalah luaran tetapi dalam network kita sendiri. Bagaimana ada DHCP server yang boleh supply IP 192.168.*.*? Hanya satu dalam fikiran, AP = Access Point yang telah disetkan default. Selalunya, pengilang menggunakan IP ini untuk default settingnya dan enable DHCP server. Dalam network kami ada 2 AP. 1) kemungkinan tiada masalah kerana telah lama digunakan. 2) Pernah ada masalah kerana tiada signal radio untuk WIFI. Check AP tersebut dan benarlah tekaan kami. Yang sesungguhnya, AP itu terletak pada bilik client yang complain.
Yang tidak bestnya, client marah-marah kenapa tak angkat telefon, walhal semasam dia call kami sedang mandi dan memandu kereta. itu pun nak marah ke? Don't provoke us, as long as the problem is caused by you.