Selepas itu, saya bekerja sebagai juruteknik di sebuah kedai komputer. kali ini pelanggan saya yang naik angin akan mencadangkan dicampakkan di tangga kedai.
Di TechTV beberapa tahun dahulu ada menyiarkan iklan bagaimana seorang pengguna komputer melupuskan komputernya yang tidak boleh dibaiki dengan ditendang ke tingkat bawah, dilanggar kereta, diketuk dengan cota dan dibakar.
Dan sekarang ini, saya bekerja di salah sebuah syarikat IT baru terbesar di Malaysia dan berfungsi menyokong syarikat minyak dan gas tempatan. kali ini lebih menarik. Idea-idea pelupusan mereka hanya satu. Campak ke tasik berdekatan. Ini kerana bangunan tempat saya bekerja berdekatan dengan tasik buatan yang berfungsi sebagai tempat pelepasan gas berlebihan.
Setelah beberapa lama saya berfikir, kaedah dan tempat pelupusan komputer + kemarahan membara boleh dipengaruhi oleh tempat bekerja dan alam sekitar. Sungguh menakjubkan. Mungkin ada ahli psikologi ingin membuat kajian tentang isu ini.