Aku dah kata, aku punya birthday memang banyak benda buruk berlaku. Dari Battle of Formigny, Battle of Rain, kematian Abraham Lincoln, Titanic (sebenarnya 14 April), hingga Tiananmen Square Protest.
Yang bestnya, ianya juga hari kelahiran tokoh agung yang aku suka, Leonardo da Vinci.
Tapi hari ini menjadi aku mendapat tahu, April 15 adalah hari terakhir untuk semua penunjuk perasaan membuat bantahan di Brussel. Bantahan ini untuk memprotes rancangan EU untuk meluluskan satu undang-undang hanya membenarkan penggunaan software yang berpatent sahaja. Lihat link ini.
Walking Demo akan bermula pada hari ini di Brussel. Terdapat juga demo di Paris.
Online demo telah diadakan dari 5 April hingga 15 April dengan menutup site mereka yang menyokong bantahan ini.
Aku tak berapa faham dengan bantahan ini tetapi aku rasa agak kurang senang jika 1 laman yang aku buat tertakluk pada pelbagai akta. Cuba korang masuk sini. Di mana kebebasan untuk kita berprogram, blog, mencadang, idea dan view? Ini lebih kurang sama dengan kebebasan untuk kita berkarya.
Nasib baik benda ini takde kat Mesia. Tapi mungkin 1 hari nanti.