Secara tetiba, aku ternampak Bluetooth telah on pada ketiga-tiga laptop tersebut. Untuk mengelakkan gangguan, aku disable Bluetooth 2 laptop tersebut. Hendak disable pada laptop presentor tidak sempat kerana majlis telah bermula. Kena la tunggu presentor itu turun dan sebelum presentor baru naik ke pentas, kawan aku boleh sempat untuk disablekannya.
Belum sempat kami membuat demikian, satu pop telah terpapar pada laptop presentor dan seterusnya ke layar projector. "Do you want to accept this file from *******" . Sungguh malang presentor tersebut telah klik YES.
Selepas majlis tamat, aku segera mencari apa fail yang didownload dan scan dengan Norton Antivirus di rumah. Fail tersebut adalah fail virus Symbion. Ini kemungkinan ada handphone peserta dalam forum tersebut telah dijangkiti dengan virus dan cuba menjangkit pada alatan lain. Laptop tidak dijangkiti walaupun menerima fail tersebut, kerana fail itu hanya boleh diaktifkan dalam handphone Symbion majoritinya Nokia N90 series.