2 Januari 2013 - LG mendahului pesaingnya dalam penjualan TV OLED terbesar di dunia bersaiz 55 inci. TV yang berharga USD10,335 akan berada dalam pasaran pada bulan hadapan. Untuk pasaran Amerika Utara, Eropah dan sebahagian Asia akan dipasarkan sebelum akhir Mac. Bermula pada Rabu lepas, LG mula menerima pra-tempahan.

 

Dengan teknologi terbaru OLED (Organic Light Emitting Diode), menjanjikan paparan yang jelas, kontras yang lebih tajam, tepuan warna yang lebih mendalam lebih-lebih lagi dalam penghasilan warna hitam yang lebih nyata.

Teknologi OLED mula digunakan sebagai paparan telefon bimbit dan pengenalannya dalam produk TV menyebabkan harga TV jenis ini amatlah tinggi. Tetapi kelebihan ini menjadikan TV ini setebal 4mm sahaja. Ketebalan ini dengan paparan bersaiz Cinema Wide Screen nampak seperti lukisan di dinding atau layar kain yang mudah ditiup angin.

Tidak diketahui spesifikasi penuh produk ini walaupun dari laman LG sendiri. Maka, tidak diketahui berat sebenar TV ini. Mungkin lebih ringan dari TV LCD dan TV LED sebelum ini, dan model Korea yang kurus mampu mengangkatnya tanpa sakit pinggang.

http://www.lg.com/uk/tvs/lg-55EM960V-oled-tv

http://www.youtube.com/watch?v=6jeyaKxwFJM