Selepas kahwin ini, banyak perkara perlu dibuat. Samada keperluan atau kehendak sendiri. Segala keperluan sudah tersedia termasuklah duduk sendiri kat rumah walaupun sewa. Dengan perabot baru yang aku tak pernah ada sebelum ini. Yela, sebelum kahwin, tidur pun beralaskan tikar mengkuang je. Sedih oooo. Walaupun tiada kemudahan perlu macam Internet dan Astro, tapi semua tu perlu diketepikan buat masa ini kerana kekangan masa. Bukan duit. Aku tiada banyak masa di rumah. On-line hanya di rumah emak.

Disebabkan sudah duduk sendiri, mulalah berangan-angan untuk membuat pelbagai projek samada baru difikir atau sudah 10 tahun dulu nak buat, tak buat-buat lagi. Untuk itu, aku perlu ada senarai apa yang perlu aku lakukan mengikut aturan dan projek apa yang perlu dilakukan dulu.

Projek apa yang aku nak buat?

1) Projek VPN blanket - Aku perlu belajar dan buat cantenna dan quad antenna.Aku sudah beli tapak N-type connector.

2) Konfigure AP untuk kedai orang rumah aku. Boleh ke buat pop-up adv untuk DD-WRT

3) Project Arduino. Projek SFF yang aku berangan 10 tahun lepas tapi kali ini paling murah.

4) Buat file server yang kedua untuk media player WDTV.

TO-DO List.

1) Bawa balik workbench dari rumah emak.

2) Beli soldering iron sendiri.

3) Beli bench vise saiz kecil dan sederhana.

4) Impact drill

5) Mencari dan mengemas komponen-komponen yang bersepah hampir 10 tahun tu.

Maka, ini objektif awal aku. Buat ini dulu, baru boleh buat yang lain.