Linux, sistem operasi yang sebelum ini dibina untuk lebih kuasa dalam perkakasan yang rendah kuasanya. Dengan kebolehharapan yang tinggi, Linux menjadi satu keperluan bagi perkakasan mudah alih dan pelayan. Kepenggunaannya menjadi luas dalam semua sektor dan bahagian dalam kehidupan manusia.

Termasuklah raifel yang dikuasakan oleh Linux. Sudah tentu, ada komputer di dalamnya. Mungkin disebabkan Linux boleh digunakan dalam perkakasan yang ringkas, sistem operasi ini menjadi pilihan.

Semenjak LEGOLAND dibuka di Johor, ramai orang telah pergi ke sana dan bercerita pengalaman di sana. Sudah pastinya, perkataan mahal keluar dari mulut mereka. Termasuklah alat permainan Lego yang jika dijual di pasaraya terkemuka pun masih lagi mahal. Tapi ada produk Lego yang lebih mahal iaitu Lego Mindstorm.

Kali ini versi baru yang dikenali sebagai Lego MINDSTORM EV3. Permainan ini dikuasakan dengan ARM9 SOC dan Linux. Sebelum ini pun, banyak produk Lego menjadi bahan kepada penggodam. Tetapi kali ini memang sedia untuk "dirogol" oleh penggodam.

Sebelum ini juga terbaca artikel yang mana mereka menggunakan antenna parabola satelit sebagai antenna Wifi . Selalunya ia bersifat directional atau satu arah.

Adakah anda ingat bagaimana kami menggunakan Astro Dish untuk mendapatkan isyarat wifi yang jauh?

Astro Dish menjadi Wifi Dish.