Print
Category: tutorial
Hits: 4656

 

Kenapa saya buat artikel berkenaan Paypal? Kerana saya ingin memberi pendedahan terhadap pengalaman saya menggunakan perkhidmatan ini dan menggalakkan penggunaannya di kalangan masyarakat di Malaysia.

Pertama kalinya, sejarah ringkas. Paypal dibangunkan semasa pembangunan 2 syarikat di Amerika Syarikat pada 2000 untuk perkhidmatan tranksaksi kewangan dalam talian yang mudah secara amnya menggunakan kad kredit tetapi tanpa mendedahkan nombor kad kredit dan CVV kepada pihak penerima pembayaran. Ini penting kerana keselamatan kad kredit menjadi keutamaan bagi Paypal.

 

Ebay

Paypal sinonim dengan Ebay. Ini kerana Paypal telah dibeli oleh EBay 2002 dan menjadi sebahagian dari perkhidmatan EBay dalam urusniaga. Sekarang ini, agak jarang pengguna EBay membuat pembayaran melalui selain perkhidmatan Paypal. Di Malaysia, pengguna EBay masih boleh membuat pembayaran ke akaun bank tempatan jika diterima oleh pihak penjual. Tetapi, kelewatan membuat pembayaran menjadi isu. Tidak seperti pembayaran melalui Paypal, pembayaran boleh dibuat sejurus selepas pemeriksaan keluar (check-out) barang-barang yang dibeli.

Bagi seorang pembeli di Ebay, tiada bayaran tambahan dikenakan. Bagi penjual, ada yuran dikenakan. Bagi penjual Malaysia, yuran bagi satu transaksi dikenakan sehingga 3.4%+RM2.00. Maka, sebagai penjual, anda patut mengambil kira caj tambahan ini bagi satu-satu barang supaya anda tidak kerugian.

Tanpa Ebay

Mungkin anda pengusaha atau penjual barang dengan bilangan yang sedikit atau tidak mahu menggunakan perkhidmatan Ebay (mungkin bilangan pengguna EBay Malaysia kurang berbanding perkhidmatan lain), anda menggunakan Mudah.my atau Lelong.com.my atau juga anda mempunyai laman perniagaan sendiri.

Anda masih boleh menggunakan Paypal untuk menerima pambayaran di mana sebarang pesanan samada melalui

 

  1. Email, kaedah konvensional – Sebagai penjual, hanya nyatakan email Paypal anda kepada pembeli. Pembeli perlu mempunyai akaun Paypal untuk membuat pembayaran.
  2. Invoice sendiri – Anda mempunyai sistem tersendiri untuk menghantar invoice elektronik ke email pembeli secara automatik atau manu
  3. Invoice Paypal
  4. Request – Meminta pembayaran tertentu dari pihak lain untuk tujuan tertentu yang dinyatakan oleh pihak yang meminta.

Pembeli atau pembayar tidak perlu berdaftar dengan Paypal untuk membuat pembayaran dan cukup hanya menggunakan kad kredit bagi kaedah 2 dan 3. Sebarang permintaan pembayaran melalui Paypal terdapat satu ayat “Don't have a PayPal account? Use your credit card or bank account (where available).” Klik pada “Continue” atau “Credit or Debit Card”.

Untuk kemudahan pengguna membuat pesanan, penjual boleh menggunakan Paypal Button. Terdapat beberapa Paypal Button tetapi di sini hanya dinyatakan yang biasa digunakan.

 

  1. Buy Now Button – Sesuai untuk pembelian satu barang sahaja.
  2. Add Cart Button – Sesuai untuk pembelian lebih 1 barang dari satu penjual.
  3. Donate - Untuk menerima derma.

Bayar dan terus dapat barang.

Paypal memperkenalkan satu perkhidmatan tambahan di mana selepas pembayaran sesuatu produk dibuat, pembeli sudah boleh menerima produk tersebut. Produk ini adalah seperti bahan digital mudah dimuat turun atau tempahan bahan bacaan atau pembayaran keahlian sesuatu laman social atau topup digital. Kesemuanya memerlukan penerimaan barang, kebenaran atau pengesahan segera selepas pembayaran dibuat yang sepatutnya boleh dilakukan secara automatik tanpa akses dari manusia atau penjual.

Untuk itu, Paypal memperkenalkan IPN (Instant Payment Nortification). IPN dihantar kepada sistem pihak penerima bayaran supaya memberi kebenaran segera dan sekaligus memberi peluang kepada pembeli mendapat barang dengan cara dimuatturun atau sebarang habuan yang patut diterimanya.

Perlu diingat, pihak penjual atau penerima bayaran perlu mempunyai sistem tersendiri bagi mengurus IPN seperti server dan laman web sendiri.

Pembayaran mikro.

Pada tahun lepas, Paypal telah memperkenalkan satu sistem pembayaran mikro di mana, harga jualan di bawah USD12 dikenakan yuran yang rendah. Ini amat bersesuaian bagi pembelian produk seperti produk digital mudah dimuat turun, mp3, e-book, perisian aplikasi dan sebagainya.

Baru-baru ini satu projek dibangunkan oleh sekumpulan pelajar yang membina satu mesin layan diri menjual candy dan bubblegum, menerima bayaran mikro Paypal.

Jenis-jenis akaun.

Terdapat 3 jenis akaun yang boleh anda daftar.

  1. Personal
  2. Premier
  3. Business
  4. Student – Akaun ini hampir sama dengan Personal tetapi jarang digunakan.

Yuran yang digunakan agak berbeza. Anda boleh rujuk di bahagian Help di laman Paypal.

Akaun Personal hanya boleh membuat pembayaran untuk barang yang dibeli, penghantaran dan penerimaan duit. Akaun ini tidak boleh membuat sebarang perkhidmatan perniagaan. Maksudnya, dengan lebih tepat, tidak boleh berniaga di dalam Ebay atau meminta pembayaran barang. Juga beberapa servis tertentu yang diperlukan oleh seorang peniaga dan penjual tidak terdapat dalam akaun jenis ini.

Akaun Premier dan Business pula boleh membuat transaksi perniagaan. Kelebihan akaun Business ialah akaun ini boleh diakses lebih 1 pengguna. Maksudnya, satu akaun ini boleh diakses oleh seorang pengurus dan seorang akauntan syarikat. Kelebihan ini tiada pada akaun Premier.

Tetapi akaun Premier tidak menjadi masalah bagi seorang peniaga kecilan dan akaun ini sebenarnya sesuai untuk perniagaan kecil dan sederhana.

Jika anda berdaftar untuk akaun terendah seperti akaun Personal dan anda ingin akaun yang mempunyai kelebihan Premier atau Business, anda boleh menaik taraf akaun tersebut pada bila-bila masa. Tetapi tidak boleh balik kepada asal.

Caj dan yuran.

Untuk pembelian dalam talian, pembayaran adalah percuma. Yang mendapat bayaran (peniaga) dikenakan sehingga 3.4%+RM2.00.

Pembayaran peribadi atau penghantaran duit peribadi, tidak dikenakan sebarang yuran jika menggunakan baki dalam akaun bagi penghantar dan penerima. Tetapi, yuran dikenakan bagi pembayaran melalui kad kredit (3.4%+RM2.00) ke atas samada penghantar atau penerima. Jika penghantar mahu penerima dikenakan yuran tersebut, penerima boleh menerima atau menolaknya dengan tidak menerima pembayaran tersebut.

Mengeluarkan duit dari Paypal.

Semenjak hampir 2 tahun lepas, Paypal telah membenarkan pengguna Paypal Malaysia mengeluarkan baki dari akaun Paypal ke akaun bank tempatan.

Sebarang pengeluaran dari akaun Paypal kurang RM400 dikenakan yuran sebanyak RM3.00. Pengeluaran lebih dari RM400 adalah percuma. Tetapi pengeluaran menggunakan matawang USD adalah percuma bagi sebarang jumlah.

Maka, bagi peniaga kecil-kecilan perlu menunggu baki melebihi RM400 untuk mengeluarkannya.

Bank tempatan yang boleh menerima pengeluaran ini ada tersenarai dalam Paypal. Hampir semua bank boleh menerimanya. Seperti saya, ada membuat pengeluaran ke bank Maybank.

Tempoh yang diperlukan untuk penghantaran ke akaun bank tempatan adalah 2 hingga 4 hari.

Kesimpulan.

Untuk memulakan perniagaan dari tahap suka-suka sehingga tahap yang besar, boleh menggunakan perkhidmatan Paypal.

Tetapi, bagi mengawal harga barang yang dijual dan menjadi saingan kepada pihak lain, anda perlu membuat pengiraan yang betul mengikut terma dan syarat seperti yuran dan caj yang dikenakan, kadar tukaran wang asing seperti USD dan Ringgit dan trend harga pasaran sesuatu barangan.

Artikel saya selepas ini (jika berkesempatan) akan memaparkan bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan Paypal mengikut persepsi dan pengalaman saya. Jika anda berasa penerangan artikel ini amat berguna dan anda berminat menggunakan Paypal sebagai satu cara anda untuk menarik minat pelanggan anda membeli barang anda melalui talian, sila klik logo Paypal di bawah dan daftar.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Peringatan, artikel ini berkemungkinan mempunyai maklumat yang salah atau tidak selaras dengan terma dan syarat Paypal disebabkan terdapat pindaan yang sering dilakukan oleh pihak Paypal. Sesungguhnya, maklumat di Paypal adalah muktamad. Oleh itu, anda perlu sentiasa memeriksa maklumat di Paypal sebelum, semasa dan selepas menggunakan perkhidmatan ini bagi mengelak kecelaruan. Bagi penerangan berkenaan matawang Ringgit dan yuran di Malaysia, hanya boleh dibaca selepas mendaftar sebagai ahli Paypal dengan akaun seperti arahan di perenggan di atas.

Pemerhatian kadar pertukaran wang asing juga penting bagi memaksimumkan keuntungan.

Selamat berniaga online.