Category: tips
Hits: 2633
Ini satu cara untuk melancarkan pergerakkan mouse yang kadang kala mentensenkan otak. Tips ini hanya mouse yang menggunakan bebola. Selalunya, bebola mouse boleh dikeluarkan dengan membuka penutupnya di bawah. Jarang sekali kita menemui yang mana penutupnya di atas. Mouse jenis ini amat unik.

Jika diperhatikan di dalam mouse ada 2 gandar untuk pergerakkan atas/bawah dan kiri/kanan serta 1 gandar pengikat bebola. Selalunya ketiga-tiga gandar ini akan diselaputi dengan habuk yang tebal. Habuk ini akan melicinkan permukaan gandar dan bebola. Ini menyebabkan kelancaran mouse di skrin terganggu.

Selalunya, banyakan dari kita akan mencuci gandar-gandar tersebut tetapi masih mouse tidak lancar. Akhirnya kita buang mouse dan beli baru.

Perlu diperhatikan bahawa bebola juga diselaputi dengan habuk yang nipis. Mencuci dengan kain tidak dapat menanggalkannya. Bebola itu perlu dibasuh dedngan air dan sedikit sabun supaya permukaannya menjadi sedikit kesat/kasar supaya ia dapat mencengkam gandar-gandar di dalam mouse. Ianya seperti tayar kereta, jika hilang bunganya, maka cengkaman semasa brek tidak sempurna.

PERHATIAN: Keringkan bebola selepas membasuhnya.