Category: tips
Hits: 3027
Selama menghabiskan 2 bulan untuk menjalankan projek WIRELESS DUMB, barulah diketahui bahawa wireless router WRT54G tidak sesuai untuk dijadikan access point.

Salah satu sebab adalah kerana alatan ini lebih berfungsi sebagai router berbanding access point. Cuba lihat konfigurasi rangkaian untuk alatan ini.

Secara amnya, alatan ini mempunyai 2 antaramuka rangkaian dan sudah tentunya mempunyai 2 subnet yang berlainan.

Untuk menjadikannya access point tanpa router adalah menyambungkan kabel ke mana-mana connector ethernet LAN. IP juga perlu disetkan bersama-sama netmasknya di network setup.

Masalahnya, antaramuka rangkaian ini tidak mempunyai gateway untuk disetkan. Maka, adalah amat sukar bagi access point ini untuk berkomunikasi dengan alatan (PC dan server) yang berada di luar subnetnya.

Aku hampir menyerah kalah kerana membeli access point yang tidak sesuai tetapi ianya masih boleh digunakan.

Rujuk sini. Caranya adalah dari laman konfigurasi WRT54G, di bahagian SETUP, Advance Rounting. Setkan pada mode Router. Disablekan RIP. Pada static routing, beri nama routing anda pada "Enter Route Name". Masukkan destination LAN IP, iaitu IP subnet yang ingin anda hubungi yang selalunya segmen ke-4 adalah 0. Subnet mask yang sesuai mengikut range yang dikehendaki. Default gateway adalah merujuk kepada IP gateway router dalam subnet anda. Contohnya di sini, subnet 192.168.1.X dan IP router adalah 192.168.1.1. Settkan antaramuka (interface) yang ingin anda routekan. Dan simpan setting tersebut.

Dengan cara ini, access point dapat berkomunikasi ke subnet luar dan kita juga dapat mengkonfigurasi access point secara remote dari subnet lain.