Category: tips
Hits: 2667
Fail PDF selalunya digunakan orang ramai sebagai fail dokumentasi digital. Dalam bidang elektronik, fail ini digunakan untuk spesifikasi barangan, manual dan carta barangan. Dalam bidang pengurusan, sumber manusia dan perolehan, fail ini digunakan sebagai fail dokumentasi digital (softcopy) untuk pengurusan di pejabat kerana mudah disimpan dan tidak memerlukan ruang fail seperti kabinet.

PDF secara amnya dihasilkan oleh program Adobe Acrobat dan dipaparkan menggunakan Adobe Acrobat Reader. Tetapi Adobe Acrobat adalah berlesen dan perlu dibeli untuk digunakan secara halal. Ada juga mesin photostat yang boleh menghasilkan fail PDF (seperti Konica Minolta) yang mana, fail yang discan akan ditukar kepada format PDF dan seterusnya dihantar ke PC pengguna. Cara ini amat berguna jika kita mempunyai banyak fail yang perlu ditukarkan kepada format digital PDF

Sekarang telah ada software percuma yang dapat menghasilkan fail PDF.

Salah satu software adalah CutePDF Writer. Tetapi software ini memerlukan software sandaran GPL Ghostscript 8.15. Software ini perlu dipasang terlebih dahulu.

Selepas kedua-dua software diinstall, maka boleh menukarkan segala fail dan bahan scan kepada fail PDF. Disebabkan PDF juga dikenali sebagai format printing digital, maka kaedah menukarkannya juga seperti mencetak ke pencetak. Bagi PDF, cetak terus ke CutePDF.

Terdapat juga, software PDFCreator. Yang ini tidak perlu install Ghostscript kerana telah disertakan sekali.

Selamat mencuba.