Print
Category: Raspberry Pi
Hits: 2286

Masalah awalnya, sebab pencetak berfaks aku perlu diletakkan dalam bilik belakang kerana di situ ada sambungan unifi, wifi dan IPTV yang digunakan oleh adik ipar aku. Isteri aku pulak nak guna pencetak tu di bilik dia, tetapi kadang kala hendak guna faks juga.

Cara paling senang adalah menjadikan pencetak USB kepada pencetak berangkaian. Macam biasa, kita boleh guna Raspberry Pi sebagai komputernya. Adalah baik gunakan Model B sebab ada ethernet interface. Kalau kita nak guna wifi adaptor sekalipun, kita ada USB port tambahan untuk pencetak USB. Berbanding, Model A yang hanya ada 1 USB port dan tiada ethernet interface.

Sila gunakan SD yang sudah dipasang dengan Debian Whezzy. Updatekan pakej aplikasi dengan menaip,

#sudo apt-get update

Selepas itu, pasang aplikasi CUPS (Common Unix Printing System).

# sudo apt-get install cups

Kita ingin menggunakan cups dengan kemudahan konfigurasi yang boleh dibuat di web. Maka, ada satu perkara yang selalu orang lupa untuk menamakan pi sebagai ID yang boleh menguruskan konfigurasi cups di web. Sila taip,

#sudo usermod -a -G lpadmin pi

Untuk langkah tambahan, kita boleh tambahkan kebenaran untuk mengubah konfigurasi dari rangkaian LAN sahaja. Sila edit fail cupsd.conf di /etc/cups

Sila tambahkan Allow 10.0.0.0/24 pada konfigurasi 

<Location />

Order allow,deny

Allow 10.0.0.0/24

</Location>


dan

<Location /admin>

Order allow,deny

Allow 10.0.0.0/24

</Location>


Selepas itu, restart servis cupsd,

#sudo service cups restart

Akhir sekali, anda sudah boleh akses cups secara remote di web dengan menaip, http://ip_address:631

Sebelum konfigurasi pencetak anda, sambungkan pencetak USB pada Raspberry Pi. Akses laman konfigurasi CUPS dan klik pada Administration.

Klik pada Add Printer untuk menambahkan pencetak USB dan sekaligus membenarkan pencetak dikongsi di rangkaian.