Category: News
Hits: 4403

Maybank telah memperkenalkan satu sistem baru untuk penjualan dan pembayaran melalui Maybank bagi penjual dan pembeli barang secara online.

Bagusnya sistem ini, kalau penjual yang sentiasa on-the-go dan sibuk, sistem ini amat sesuai. Hanya perlu ambil gambar menggunakan smartphone Apple atau Android, tulis sedikit perihal barang tersebut, harga, email, telefon, nama penjual, akaun penerima bayaran dan harga barang. Selepas ditulis, setiap barang disenaraikan ada URL setiap satu.

 

Kalau penjual sibuk sangat, ambil gambar semua barang dan senaraikan gambar tersebut, sewaktu penjual ambil masa berehat (tak digalakkan -rehat adalah rehat) atau duduk menunggu orang atau waktu senggang.

URL ini boleh dikongsikan di Facebook dan Twitter mengikut cadangan M2U. Tetapi rasanya, boleh diletakkan pada website yang lain dan dihantar orang lain melalui email.

Atau pun lebih menarik, kita ubah URL tersebut ke QR code, buat salinan QR dan sedikit penerangan barangan beserta gambar, cetak ke kertas dan jadikannya iklan di tempat awam yang sesuai.

Baguskan? Tetapi ada masa terhad untuk disenaraikan. Saya cuba untuk pilih semaksimum mungkin tapi sistem mencadangkan setakat sebulan sahaja dibenarkan.

Bakal pembeli pula hanya boleh membuat pembelian dan pembayaran melalui Maybank. Tidak diketahui jika boleh membuat pembayaran dari pihak ketiga.

Melalui sistem ini, mungkin transaksinya bebas dari disalahguna. Sebarang penipuan, amat mudah dikesan oleh pihak bank. Jenayah boleh berlaku tetapi tindakan susulan memang amat berkesan.

Buat masa ini, aplikasi sistem ini boleh dipasang di Apple iOS dan Android yang boleh diperolehi dari sistem aplikasi masing-masing atau laman M2U.

Sewaktu artikel ini ditulis, sepanjang hari dicuba, masih gagal membuat sebarang senaraian barang.

Sebelum menggunakan sistem ini, sila rujuk terma dan syarat bagi penjual dan pembeli di M2U - Snap & Sell.