Print
Category: News
Hits: 2034

Setelah beberapa percubaan untuk memasuki rangkaian TV Amerika Syarikat dan mengubah persepsi rakyat Amerika terhadap saluran TV Al-Jazeera yang sebelum ini dilabelkan sebagai "rangkaian pengganas" kepada saluran berita yang benar dan diterima oleh semua orang, akhirnya berjaya dengan mengambilalih saluran Current TV. Dengan pelanggan sediaada sebanyak 40juta pelanggan rumah, menjadikan usaha Al-Jazeera berbaloi tanpa membuat saluran baru yang tidak tentu pulangannya.

 

Semenjak ditubuhkan di Doha, Qatar, Al-Jazeera telah mencipta satu revolusi penyiaran di rantau Arab dengan perbincangan keras terhadap sosial dan politik negara-negara Arab. Bermula dengan pencerobohan Amerika Syarikat di Timur Tengah dan kempen memerangi pengganas Islam, liputan Al-Jazeera dilihat terlalu hampir dengan kumpulan pengganas, menjadi saluran penghubung antara pengganas dan dunia dalam menyampaikan tuntutan dan berita yang berlawanan dengan berita saluran terkemuka Amerika Syarikat, maka syarikat TV ini dilabel sebagai rangkaian pengganas.

Sebelum ini permohonan Al-Jazeera untuk mendapatkan kerjasama dari saluran terkemuka Amerika Syarikat ditolak. Pada waktu yang sama Current TV menghadapi masalah kewangan semenjak 2010. Maka, pengambilalihan ini mendapat tempat bagi Al-Jazeera di Amerika Syarikat.

Mungkin ramai tidak mengetahui, Al-Jazeera dijadikan saluran di White House untuk mendapatkan maklumat pada waktu yang sama diboikot oleh penduduk Amerika Syarikat. Current TV pula dipunyai oleh Al Gore, bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat. Pada waktu 2009, 2 pemberita syarikat ini pernah didapati menceroboh Korea Utara dan dihukum. Dengan lawatan Bill Clinton ke Korea Utara, Kim Jung Il telah memberi pengampunan kepada pemberita tersebut dan dibebaskan.

http://mediadecoder.blogs.nytimes.com/2013/01/02/al-jazeera-said-to-be-acquiring-current-tv/