Category: News
Hits: 2969

Selepas beberapa tahun menguasai syarikat Linksys sebagai satu division dalam Cisco, akhirnya pihak pengurusan Cisco merancang untuk menjual division ini untuk keluar dari perniagaan dengan konsumer dan memberi tumpuan pada pembangunan perisian korporat dan perkhidmatan teknologi.

Mungkin di masa kegemilangan Linksys dan teknik godaman yang boleh diamalkan pada produk Linksys menyebabkan Cisco berminat memasuki perniagaan konsumer. Sehinggakan rancangan untuk menghapuskan nama Linksys mengambil masa yang agak lama. Di Amerika Syarikat, nama Linksys lebih dikenali berbanding Cisco. Mungkin kerana Cisco banyak menghasilkan produk untuk operasi syarikat yang besar dan tiada produk untuk pengguna di rumah.

 

Ramai penggodam tidak lupa bagaimana WRT54G yang dihasilkan boleh digodam dengan memasukan sistem operasi Linux yang bermaksud untuk menambahbaikan lagi keupayaan WRT54G. Sehinggalah pada versi ke 7, Linksys cuba menghentikan aktiviti godaman tersebut dengan menukar chipset dan menghadkan keupayaan memorinya.

Kesannya seluruh produk WRT54G versi 6 ke bawah menjadi barang panas kerana sukar diperolehi lagi. Versi 7 juga mendapat bantahan dan memaksa Cisco mengeluarkan semula produk WRT54G yang boleh digodam yang dikenali sebagai WRT54GL (linux).

Belum sempat nama Linksys dihapuskan, Cisco telah mengalami penurunan keuntungan dengan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat dan Linksys perlu dijual. Itu pun selepas beberapa tindakan mengurangkan bilangan pekerja sehingga 7800 orang, Cisco tidak mampu meneruskan operasi Linksys.

http://www.bloomberg.com/news/2012-12-16/cisco-said-to-hire-barclays-to-sell-linksys-division.html