Category: News
Hits: 2579

Akhirnya, John McAffee telah ditangkap kerana memasuki Guatemala secara haram pada 5 Disember 2012. Maka, berakhirlah pelariannya dari pihak berkuasa Belize bagi membantu siasatan kematian jirannya warganegara Amerika Syarikat.

Penangkapannya ini dibuat setelah seorang penggodam, yang dikenali Simple Nomad, menjumpai gambaran John McAffee dari sekeping gambar yang mempunyai geo-tag. Geo tag adalah keterangan lokasi gambar yang diambil. Dalam beberapa parameter, ada diselitkan masa dan tarikh gambar diambil.

 

Tangkapan beliau boleh diklasifikasikan sedikit mudah kerana dengan adanya teknologi membaca lokasi dan pengecaman wajah yang sudah berada di tangan orang awam, beliau sepatutnya lebih arif dan boleh lebih berhati-hati. Ini yang dilakukan oleh Kevin Mitnick semasa pelariannya dari FBI untuk beberapa tahun.

Mengetahui teknologi terkini, tahu untuk mengatasinya dan sedikit rasa paranoid telah menyelamatkan Kevin Mitnick serta hampir tidak boleh dijumpai. "Only paranoid survive".

Teknologi yang sebelum ini dipunyai oleh FBI, CIA dan NSA sudah mula berada di tangan orang awam. Paling dekat dengan kita adalah teknologi yang ada dalam Facebook. Tidak lama dulu, Facebook mula memperkenalkan kemudahan untuk pengecaman lokasi wajah dalam gambar supaya pengguna boleh tag nama kepada setiap wajah yang dijumpai oleh Facebook.

Tidak lama selepas itu, Facebook memperkenalkan kemudahan tambahan kepada pengecaman wajah di mana wajah yang dapat dijumpai dalam gambar boleh dicamkan dengan mentagkan nama pengguna Facebook secara automatik. Walau selepas itu Facebook memerlukan kepastian pada wajah tersebut dari pengguna tetapi kejituannya cukup baik.

Ini terdapat sedikit kebimbangan terhadap teknologi ini yang boleh disalahguna. Rasanya sudah ada pendakwaan akan teknologi Facebook ini di mahkamah Amerika Syarikat baru-baru ini kerana melanggar hak peribadi.

Maka, bagi Cam Whore (mereka yang suka ambil gambar sendiri, apa yang dia makan dan apa yang dia buat serta menghantarnya ke laman sosial) sekelian, sila ambil perhatian akan infomasi ini.

http://www.stuff.co.nz/technology/digital-living/8044671/