Category: News
Hits: 2930
Kebanyakan akhbar hari ini menyiarkan kehadiran Bill Gates ke Malaysia di muka hadapan akhbar masing-masing. Kehadiran Mr Gates pada kali ini untuk melawat kerajaan Malaysia (ingat tu) dan menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pelajaran dengan memberi bantuan kewangan sebanyak RM 10 juta untuk sekolah-sekolah kerajaan.

Pemberian bantuan ini amat dialu-alukan sehingga dalam 1 ruang berita, mereka akan terus mengagihkan dana tersebut kepada sekolah-sekolah secara adil. Wonder, cukup ke RM10 juta untuk semua sekolah di Malaysia?

Jika diperhatikan sebelum ini, projek dana dan derma Bill Gates adalah melalui Yayasan Melinda Gates yang membantu kanak-kanak sekolah di seluruh dunia. tapi kali ini, nama yayasan ini tidak disebut langsung. Adakah ia datang terus dari Microsoft?

Saya hanya mengikuti kehadirannya kali ini melalui berita dan berharap ia tidak menjadi suatu hype seperti sebelum ini. Kehadirannya sebelum ini yang pertama kali (lupa bila) seperti menerima kehadiran George Bush. Sehari kedatangannya, soalan pelajar-pelajar MMU ditapis bagi mengelak soalan yang berkaitan dengan MSC. Kenapa? sebab Bill Gates tidak tahu apa-apa pasal MSC walaupun syarikat dia terlibat dengan MSC. Folish betul.

Beliau juga memberi jaminan akan membantu kerajaan dalam merapatkan jurang digital antara masyarakat miskin dan berada. Ada satu cara saja yang paling mudah. Legalize software piracy for learning.

http://slashdot.org/article.pl?sid=02/07/28/1723228&mode=thread&tid=99