Category: hardware
Hits: 4080

Beberapa minggu lepas, satu PC yang dibaiki mengalami masalah network ethernet yang rosak disebabkan kilat. Tetapi bernasib baik, walaupun built-in dengan motherboard, tapi masih boleh digunakan dan Windows boleh berfungsi dengan baik. Tetapi slot PCI pada casing PC ini menggunakan bracket pendek dan tiada ethernet card untuk bracket jenis ini. Terpaksa bertukar kepada USB to Ethernet LAN.

Walaupun begitu, selepas dipasang dan dimasukkan drivernya serta diping test ke network luar, sambungan aplikasi yang menggunakan ODBC mempunyai masalah sambungan.

Error yang diperolehi adalah "Communication link failure" yang menunjukkan masalah sambungan ODBC. Walaupun begitu, test ping kepada MSSQL server tiada masalah. Ada beberapa tips di internet hanya menunjukkan error ini hanya hadir pada Windows server 2003 dan bukan Windows XP.

Selepas beberapa hari, masalah ini tidak dapat diselesaikan maka, terpaksalah tukar PC pula.

Mungkin masalah ini mempunyai kaitan parameter ethernet tetapi tiada penyelesaian yang sebenarnya. Kepada sesiapa yang mungkin mempunyai idea untuk masalah ini dapat memberi maklumat kepada saya, di webmaster[a]garagebox.org

 

USB to Ethernet LAN yang digunakan oleh saya.