Category: hampeh
Hits: 2223
Social engineering atau kejuruteraan sosial adalah salah satu cara hacker mendapatkan apa yang dihajati setelah komputer gagal membantunya. Inilah yang dikaji dan dipraktikan oleh Kevin Mitnick semenjak kecil. Dia berjaya mengeksploitasi segala kemudahan dan kelemahan untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Kelemahan ini selalunya tidak disedari oleh orang yang mencipta sistem atau penggubal undang-undang. Social engineering menggunakan pengaruh dan kebolehan untuk mengelirukan orang lain dengan membuktikan bahawa mereka ini bukan apa yang orang lain sangkakan atau dengan cara manipulasi. Maka, mereka memperolehi kelebihan orang lain untuk mendapatkan maklumat samada menggunakan teknologi atau tidak.

Semasa saya bercuti di Kuala Lumpur baru-baru ini, seorang rakan memberitahu saya cara untuk memperoleh sesuatu dengan cara paling murah atau percuma.

1)Setiap Restoran Mc Donald dan seumpamanya ada disediakan peket gula, garam, equal sugar dan sos di meja luar. Anda boleh mengambilnya sebanyak mungkin dengan percuma dan cukup untuk 2-3 hari. Pihak restoran tidak boleh memarahi anda kerana adalah menjadi polisi mereka menyediakan peket tersebut. Kalau tidak suka kita mengambilnya, simpan sahaja dalam dapur mereka. Saya rasa restoran yang mempraktikkan cara ini hanya di sekitar Kuala Lumpur.

2)Jika makan di restoran atau hotel, mungkin anda akan mendapat mentega dan jem. Fikirkan untuk memperolehinya.

3)Untuk menonton wayang secara percuma, anda perlu membaca surat khabar The Sun setiap masa. Kemungkinan ada disertakan kupon promosi tiket percuma. Potong dan dapatkan pass percuma ini panggung wayang. Ini berkesan di panggung wayang Lembah Kelang. Tapi, jangan harap tempat duduk yang strategic tetapi percuma bukan?

4)Percutian percuma. Jika ingin berehat sambil melancong di tempat mewah, rajin-rajinlah mendaftar diri di seminar yang menganjurkan talk untuk ahli kelab, jualan langsung atau insurance. Selalunya, talk yang diadakan di tempat mewah seperti resort dan hotel mewah. Anda akan mendapat tempat percutian yang mewah, layanan istimewa dan makan seperti di istana. Percutian ini mungkin berlangsung selama 2 malam. Tetapi, pekakkan telinga, tabahkan hati dan bersabar semasa pihak penganjur memujuk anda mendaftarkan diri menjadi ahli. Jangan daftar. Lagi banyak wang anda akan mengalir keluar.

5)Makan percuma. Ini cara yang dipraktikkan oleh Kevin Rose dalam rancangan TheBroken.Org . Manipulasi restoran segara yang menerima pembayaran makanan tanpa memberi kita resit dan sibuk. Ini memerlukan modal. Buat order selaju yang mungkin dan terus bayar. Ambil makanan dan duduk jauh dari kaunter. Selang beberapa orang di kaunter, anda pergi ke kaunter dan katakan bahawa mereka terlupa untuk memberi anda Big Mc. (Pastikan anda order Big Mc sebelum itu). Nyatakan senarai order anda kerana mereka tidak beri resit. Jika mereka berpuashati dengan keterangan anda, mereka akan memberi Big Mc, tanpa banyak soal. Maka, anda mendapat 2 Big Mc, 1 adalah percuma. Ini pengalaman saya secara tidak sengaja.

Cara di atas memerlukan kesabaran, tabah, dan tanpa ego. Orang ego gagal untuk melaksanakan kaedah social engineering ini.

Ada banyak lagi cara untuk memanipulasi orang lain. Cara yang sama juga digunakan oleh jurujual dalam memujuk pelanggan membeli barang mereka.