13 Januari 2005 adalah hari kegelapan untuk Selangor, KL, N. Sembilan, Melaka dan Johor. Ini disebabkan oleh blackout dari pembekal TNB. Kejadian ini disebabkan permintaan berlebihan, kekurangan pembekalan dan kegagalan kuasa bantuan (backup) menyebabkan satu persatu loji pembekalan terputus. Menjadi masalah adalah aku di tempat kerja baru mempunyai sistem backup yang hampir sempurna tetapi tidak bertindak seperti diharapkan. Secara praktikalnya, kuasa dari janakuasa persendirian akan mengambil alih kuasa TNB yang terputus dalam beberapa minit dan mungkin dalam 1 jam. Maka pusat data yang berfungsi menggunakan kuasa bantuan (hanya cukup untuk kurang 1 jam) akan mendapat kuasa sebelum sempat ianya padam. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Semasa blackout, semua sistem server dan network masih hidup dan bergantung penuh pada kuasa bantuan. Tetapi semasa kuasa diambil alih oleh janakuasa, terdapat sistem, server dan network yang tiba-tiba mati dan hidup semula. Kami juga dapati kuasa bantuan mempunyai masalah dan kerosakkan bateri. Maka, aku merasakan telah tiba masa untuk kami membuat eksperimen dan mencari penyelesaian untuk masalah ini.