Print
Category: ARDUINO
Hits: 3089

Sesiapa yang ada baca Arduino Pro Mini bersama DHT11, adalah agak bangang sebenarnya projek ni. Arduino Pro Mini sambung Arduino Uno untuk baca parameter DHT11? Sepatutnya, Arduino Pro Mini berfungsi secara sendiri tanpa bantuan alatan tambahan. Arduino Uno hanya berfungsi sekali untuk memuat naik sketch sahaja.

 

Maka, aku buat Arduino Pro Mini membaca parameter suhu dan kelembapan dari sensor dan selepas itu menghantar parameter ke Xbee. Dar Xbee dihantar ke Xbee Gateway (tiada dalam gambar) yang membolehkannya dihantar ke Xively.

Buat masa ini aku tidak tunjuk secara terperinci pembinaan projek ini sebab program yang aku tulis sangatlah bangang. Bila aku dapat tulis program yang lebih baik, nanti aku tunjukkan la.

Parameter yang dihantar ke Xively dan direkod dalam bentuk graf. Sila ke https://xively.com/feeds/128580 untuk lihat contoh parameter yang diperolehi. Paramter itu adalah bacaan suhu dan kelembapan dalam rumah aku sekarang ini. :P