Category: wifi
Hits: 3161

Sebelum ini, saya ada menunjukkan bagaimana mengesan dan merekod kedudukan AP menggunakan netstumbler dan GPS yang dikenali sebagai wardriving. Pada tutorial itu, saya menggunakan netstumbler dan GPS. Pada kali ini saya menggunakan Barbelo pada smartphone Nokia. Dengan menggunakan Nokia yang mempunyai GPS, kita tidak menyusahkan diri untuk menggunakan laptop di dalam kereta.

Pertamanya, anda perlu muat turun 2 aplikasi untuk Nokia dari laman Barbelo.

 

  1. GPSd - Aplikasi untuk pengesanan lokasi GPS.
  2. Barbelo - Aplikasi wardriving, pengesanan AP yang berseiringan dengan GPSd.

Apa yang menarik tentang Barbelo adalah fungsinya menyamai Kismet yang digunakan untuk persekitaran Unix/Linux. Pada waktu ini, Kismet juga telah diprogramkan untuk persekitaran Windows.

Selepas dipasang pada smartphone, lancarkan aplikasi GPSd terlebih dahulu. Lihat gambar di bawah.

Jika maklumat GPS diperolehi, ini menunjukkan bahawa GPS sedang berfungsi dan aplikasi Barbelo boleh dilancarkan. Dari gambar di bawah, Barbelo telah mengesan satu AP. Klik ke kanan untuk menu seterusnya. Menu seterusnya adalah menu GPS, semacam satu map yang menunjukkan kedudukan smartphone dan lokasi AP. Seperti paparan pada radar.

Menu seterusnya adalah menu status atau debug. Lihat gambar di bawah. Jika anda menggunakan GPSd, Barbelo akan menyatakan GPS is connected. Untuk merekod, (jangan lupa) klik Option > Start Log, untuk memulakan sesi merekod wardriving.

Maka, anda bolehlah merayau sepuas-puasnya dan mendapatkan sebanyak mungkin AP di sekitar tempat tinggal anda.